Pemimpin PN ucap tahniah

SEPANG 17 Ogos – Pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi Facebook, juga mengucapkan terima kasih kepada jentera PN atas kerja keras dan meminta mereka menjadikan PRK itu sebagai “latihan” untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Dengan kemenangan itu, katanya, tentu kerajaan tidak ragu-ragu untuk mengisytiharkan kekosongan enam kerusi parlimen yang menyaksikan ahli parlimen Bersatu beralih sokongan kepada kerajaan sebelum ini. “BN sudah kembali kuat. Sokongan rakyat…

Read More

Pemangkin kembalikan keyakinan rakyat

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah pemangkin dalam meneruskan usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kepercayaan yang diberikan itu bukan saja satu amanah, tetapi juga satu tanggungjawab besar yang akan dilaksanakan sebaiknya. “Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna pada masa hadapan,” kata Presiden UMNO itu melalui kenyataan, hari ini. Ahmad Zahid berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meraikan kemenangan di…

Read More

BN kuasai semula DUN Nenggiri

GUA MUSANG 17 Ogos – Selepas setahun jatuh ke tangan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan majoriti besar. Calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie menang dengan majoriti sebanyak 3,372 undi dan mengalahkan calon Bersatu yang menggunakan lambang Pas, Mohd Rizwadi Ismail. Dalam pertembungan satu lawan satu itu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang memperoleh undi sebanyak 9,113 sementara Mohd Rizwadi atau lebih mesra disapa Ustaz Wadi memperoleh 5,741undi. Pengumuman rasmi…

Read More

Kurang 5 tahun tanah kubur Islam KL penuh

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Tanah Perkuburan Islam (TPI) kariah masjid di Kuala Lumpur khususnya di kawasan kepadatan tinggi diunjurkan akan penuh dalam tempoh kurang dari lima tahun lagi. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail, berkata 19 TPI kariah masjid di Kuala Lumpur pada masa ini mencapai penggunaan hampir 83 peratus. Katanya setakat Julai 2024, baki keseluruhan TPI kariah di Kuala Lumpur hanya 9,957 lot atau 16.26 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan yang sedia ada sebanyak 61,235 lot kubur. “Baki lot tanah perkuburan yang tinggal itu hanya…

Read More

ATM jangan terlibat rasuah – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR 17 Ogos  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertitah tidak akan memberi muka kepada mana-mana pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan gagal melaksanakan amanah sebagai pegawai tentera. Titah baginda kerjaya ketenteraan menuntut amanah, kejujuran, pengorbanan serta taat setia yang tidak berbelah bahagi bukannya terlibat rasuah dan salah guna kuasa yang boleh menyebabkan kedaulatan dan maruah negara tergadai. “Justeru itu, jangan sekali-kali ada pegawai tentera yang terlibat dalam amalan rasuah terutamanya melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan. “Saya juga pernah menjalani pelbagai latihan…

Read More

Nenggiri milik PN atau kembali ke pangkuan BN

PERIKATAN Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing yakin untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila 20,216 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. PN mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu dengan majoriti 810 undi manakala BN mahu merampas kembali kerusi yang diwakili selama empat penggal sejak 2004. Mampukah PN yang berbekalkan majoriti 810 undi pada PRN lalu mengekalkan kerusi yang pernah menjadi kubu BN itu? Adakah gelombang kemenangan PN melalui calon Pas pada PRK di Sungai Bakap…

Read More

Pantau, kawal harga susulan gaji naik

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),  Azih Muda, berharap pelarasan gaji tidak memberi kesan domino lain sehingga harga barangan dan bahan mentah naik. Beliau berkata, terdapat kebimbangan akan berlaku peningkatan harga barangan jika perkara itu tidak diberi perhatian. Justeru kerajaan perlu melaksanakan pemantauan dan kawalan ke atas harga barangan dan bahan mentah supaya tidak dimanipulasi pihak tertentu susulan pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan semalam. “Kita harap kenaikan gaji ini tidak memberi kesan domino lain sehingga harga barangan dan bahan mentah naik.…

Read More

Kempen vaksinasi polio di Gaza

GENEVA: Dua pusingan kempen vaksinasi polio dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos dan September tahun ini di seluruh Semenanjung Gaza yang melibatkan lebih 640,000 kanak-kanak di bawah usia 10 tahun. Langkah Ini bagi menghalang penularan virus polio varian jenis 2 (cVDPV2) di wilayah berkenaan. Justeru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa jeda kemanusiaan selama tujuh hari di Semenanjung Gaza bagi membolehkan kempen vaksinasi polio itu. WHO dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan jeda kemanusiaan itu akan membolehkan kanak-kanak dan keluarga mereka mengakses kemudahan kesihatan dengan…

Read More

PBB sedia hantar makanan ke Darfur

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia menghantar bantuan makanan ke wilayah Darfur, Sudan yang dilanda perang selepas kerajaan memutuskan untuk membuka semula laluan sempadan penting Adre dengan Chad. Program Makanan Dunia (WFP) PBB menyambut baik pembukaan sempadan dan menyeru agar semua laluan sempadan yang mungkin dibuka, dengan mengatakan bahawa mereka sedang berusaha dan ‘berlawan’ dengan masa untuk menyelamatkan nyawa di Sudan. Sebelum ini, penutupan sempadan selama berbulan-bulan menjadi kebimbangan utama bagi organisasi kemanusiaan yang berusaha untuk membawa makanan dan bekalan ke Darfur ketika konflik terus berlanjutan. Perang yang tercetus pada…

Read More