KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah pemangkin dalam meneruskan usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.
Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kepercayaan yang diberikan itu bukan saja satu amanah, tetapi juga satu tanggungjawab besar yang akan dilaksanakan sebaiknya.
“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna pada masa hadapan,” kata Presiden UMNO itu melalui kenyataan, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meraikan kemenangan di DUN Nenggiri dengan penuh tawadhu’ dan keinsafan bahawa jalan perjuangan parti masih panjang untuk rakyat.
Keputusan PRK itu menyaksikan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,372 selepas memperoleh 9,112 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail yang memperoleh 5,741 undi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Nenggiri yang memberikan kepercayaan semula kepada BN.
“Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain ‘Engkaulah Yang Memberikan Kekuasaan Ya Allah.
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya DUN Nenggiri, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Sri Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengarah Operasi dan pastinya seluruh jentera BN serta semua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang bertungkus lumus membantu di Nenggiri bagi memastikan kemenangan calon kita, Awie. Terima kasih Nenggiri,” katanya.
Sementara itu, di Gua Musang, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN turun ke gelanggang PRK itu dengan kekalahan dan penghinaan sebelum berakhir dengan kejayaanbesar.
menyifatkan kemenangan dalam PRK Nenggiri sebagai hasil usaha semua jentera seluruh negara dan Kerajaan Perpaduan.
“Dari awal kita dihina menerusi ceramah pihak lawan dan saya saya berterima kasih kepada semua jentera yang cukup berdisiplin sepanjang tempoh berkempen.
“Sejak dari awal kita meletakkan batas supaya jangan sesekali fitnah dibalas dengan fitnah selain mengamalkan kempen yang berakhlak,” katanya pada sidang media di Pusat Penjumlahan Undi.
Asyraf berkata, Presiden UMNO, juga memberikan komitmen tinggi sepanjang kempen PRK itu berlangsung apabila turun ke DUN Nenggiri sebanyak tujuh kali.
“Presiden parti sentiasa menyebut kita mahu mewakili rakyat secara efektif dan kita mahu tunjuk bahawa BN tidak akan bercakap kosong, sebaliknya mengotakan janji.
Kemenangan malam ini adalah luar biasa dan saluran muda juga kita memperoleh kemenangan yang tinggi,” katanya.
PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lalu, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun lalu.
Nnnn
