Srettha Thavisin hormati keputusan pemecatan

BANGKOK 14 Ogos –  Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan yang memecatnya daripada jawatan berkaitan kes pelanggaran etika. “Saya menghormati keputusan itu. Saya mengulangi bahawa selama hampir setahun saya memegang jawatan ini, saya telah mencuba dengan niat yang baik untuk memimpin negara dengan jujur,” kata Srettha kepada pemberita di luar pejabatnya selepas keputusan Mahkamah Perlembagaan. Beliau memberitahu pemberita kemungkinan kerajaan seterusnya boleh mengubah dasar pentadbirannya. Terdahulu Mahkamah Perlembagaan memecat Perdana Menteri ke-30 itu selepas panel hakim memutuskan keputusan 5-4, dengan Srettha didapati melanggar peraturan melantik…

Read More

MB nafi bakal Menteri Ekonomi

SEREMBAN 14 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menafikan bakal dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada rombakan Kabinet akan datang. Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyifatkan perkara itu yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar dan tindakan nakal pihak tertentu. “Saya tiada dimaklumkan, tiada dengar khabar berita. Itu cukup nakal daripada UMNO. Saya baca dan semak, ia adalah tidak benar. Mungkin itu adalah gurauan dari mereka. Buat masa ini, saya tidak berhasrat untuk menyertai Kabinet, malah tidak pernah dipanggil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri…

Read More

DAP minta Puad, Akmal buang pemikiran lama

KUALA LUMPUR 14 Ogos –  Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok menggesa pemimpin UMNO menghormati keputusan mahkamah dengan tidak memainkan isu mengenai buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama’ yang ditulis oleh bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew. Beliau juga menyifatkan kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang meminta kerajaan menyekat semula komik itu menunjukkan mereka tidak menghormati keputusan mahkamah dan menyekat kebebasan bersuara. “Semua pihak perlu melupakan prejudis lalu…

Read More

PM Thailand dilucutkan jawatan

BANGKOK 14 Ogos – Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dilucutkan daripada jawatannya selepas Mahkamah Perlembagaan mendapati beliau bersalah kerana melanggar perlembagaan negara. Panel hakim memutuskan keputusan 5-4, dengan Srettha didapati melanggar peraturan dengan melantik seorang peguam dengan sabitan jenayah ke dalam Kabinetnya. Susulan itu, Parlimen Thailand akan bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, yang dijangka menambah pergolakan politik di negara itu. Minggu lalu, Mahkamah Perlembagaan membubarkan Parti Move Forward, parti pembangkang yang sangat popular dan mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen. Kes Srettha dibawa sekumpulan bekas senator yang dilantik bekas pimpinan…

Read More

PBB kecam pencerobohan Al-Aqsa

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Selasa mengecam Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir yang memimpin ibadat di halaman Masjid Al-Aqsa dan menyifatkannya sebagai terlalu provokatif. Timbalan Jurucakap Farhan Haq berkata, PBB menentang sebarang usaha untuk mengubah status quo di dalam tapak suci. “Masjid Al-Aqsa, seperti tempat suci lain di Baitulmaqdis, harus diserahkan kepada mereka sendiri dan harus dikawal oleh pihak berkuasa agama sedia ada untuk tapak itu. “Tingkah laku seperti ini tidak membantu dan ia sangat provokatif,” katanya. Lebih 2,200 peneroka haram memasuki kompleks itu pada Selasa…

Read More

Negara-negara Arab kutuk ceroboh Al Aqsa

ANKARA: Negara-negara Arab mengutuk pencerobohan oleh menteri Israel dan lebih 2,200 peneroka haram di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki bagi memperingati Tisha B’Av, hari puasa tahunan Yahudi. Lebih 2,200 peneroka haram memasuki kompleks itu pada Selasa untuk memperingati Tisha B’Av, hari puasa tahunan Yahudi yang menandakan beberapa bencana dalam sejarah Yahudi. Menteri Keselamatan Negara sayap kanan Itamar Ben-Gvir dan Negev, Galilee dan Menteri Ketahanan Nasional, Yitzhak Wasserlauf antara penceroboh. Jordan mengecam pencerobohan peneroka itu sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis. Kementerian Luar…

Read More

Semak semula pembatalan perintah larangan

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew. Ketuanya, Dr Akmal Salleh berkata, Pemuda menghormati keputusan Mahkamah tetapi tidak bermakna pihaknya bersetuju dengan pembatalan itu. Beliau berkata bagi mengelakkan ketidakadilan,  semakan semula keputusan terbabit adalah penting dan selaras dengan kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau,…

Read More

Nasib PM Thailand ditentukan hari ini

BANGKOK: Kedudukan Perdana Menteri Srettha Thavisin sama ada dipecat atau sebaliknya akan diketahui petang ini apabila Mahkamah Perlembagaan Thailand membuat keputusan mengenai pelantikan seorang menteri Kabinet yang mempunyai rekod jenayah. Jika Srettha yang telah setahun menegang jawatan itu disingkirkan, Parlimen dengan 500 kerusi mesti bersidang untuk memilih perdana menteri baharu, sekali gus menambah pergolakan di negara yang sebelum ini menyaksikan rampasan kuasa dan keputusan mahkamah yang menjatuhkan pelbagai kerajaan dan parti politik. Minggu lalu, Mahkamah Perlembagaan membubarkan Parti Move Forward, parti pembangkang yang sangat popular, yang antara lain kempennya untuk…

Read More

Jenayah kemanusiaan di Myanmar meningkat

GENEVA: Jenayah kemanusiaan dan perang yang dilakukan tentera Myanmar ‘meningkat pada kadar yang membimbangkan’, demikian menurut penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mekanisme Penyiasatan Bebas untuk Myanmar (IIMM) PBB, berkata, jenayah kemanusiaan itu merangkumi penyeksaan sistematik, jenayah rogol secara berkumpulan dan penderaan terhadap kanak-kanak. Menurut IIMM PBB, dalam tempoh enam bulan lalu, lebih tiga juta orang dianggarkan terpaksa meninggalkan kediaman mereka berikutan konflik semakin memuncak di negara itu. IIMM juga sudah mengumpul bukti kukuh yang menunjukkan tahap kekejaman dan kezaliman yang mengerikan di mana banyak jenayah dilakukan dengan niat untuk menghukum…

Read More