Semak semula pembatalan perintah larangan

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew.

Ketuanya, Dr Akmal Salleh berkata, Pemuda menghormati keputusan Mahkamah tetapi tidak bermakna pihaknya bersetuju dengan pembatalan itu.

Beliau berkata bagi mengelakkan ketidakadilan,  semakan semula keputusan terbabit adalah penting dan selaras dengan kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata semakan semula keputusan itu adalah penting bagi mengelakkan ketidakadilan.

“Mahkamah sudah membuat keputusan. Kami hormati keputusan mahkamah tetapi tidak bererti kami bersetuju,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata, bagi mengelakkan ketidakadilan, Pemuda UMNO mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan ini.

“Walaupun keputusan mahkamah rayuan pada 26/07/2022 yang ketika itu kerajaan memerintah adalah kerajaan BN-PN memutuskan bahawa komik ini tidak menjejaskan kententeraman awam dan permohonan kerajaan untuk kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan larangan terhadap penerbitan komik ini gagal pada 8/12/2022

Siapa sekalipun kerajaan,sensitiviti majoriti rakyat melayu islam perlu diutamakan dan dipelihara untuk menjamin kestabilan negara ini,” katanya.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos lalu.

Berdasarkan warta itu, pembatalan Perintah Larangan itu membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Belt and Road Initiative for Win-Winism’ dan bahasa Cina.

Nnn

Related posts

Leave a Comment