BANGKOK 14 Ogos – Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan yang memecatnya daripada jawatan berkaitan kes pelanggaran etika.
“Saya menghormati keputusan itu. Saya mengulangi bahawa selama hampir setahun saya memegang jawatan ini, saya telah mencuba dengan niat yang baik untuk memimpin negara dengan jujur,” kata Srettha kepada pemberita di luar pejabatnya selepas keputusan Mahkamah Perlembagaan.
Beliau memberitahu pemberita kemungkinan kerajaan seterusnya boleh mengubah dasar pentadbirannya.
Terdahulu Mahkamah Perlembagaan memecat Perdana Menteri ke-30 itu selepas panel hakim memutuskan keputusan 5-4, dengan Srettha didapati melanggar peraturan melantik seorang peguam dengan sabitan jenayah ke dalam Kabinetnya.
Kes terhadap Srettha tertumpu pada pelantikan Pichit Chuenban, seorang peguam yang dikaitkan dengan keluarga bekas perdana menteri Thailand, Thaksin yang juga dikenali sebagai jutawan.
Pichit dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada 2008 atas kesalahan berkaitan rasuah.
Beliau kemudiannya meletakkan jawatan dalam usaha untuk menyelamatkan Srettha, namun mahkamah meneruskan dengan kes itu.
Nnn
