Lebih 100 maut serangan waktu Subuh

KAHERAH: Serangan udara rejim Zionis pada waktu Subuh menyebabkan lebih 100 rakyat Palestin maut, manakala puluhan lagi cedera ketika mereka sedang berlindung di sebuah sekolah di Gaza yang dijadikan tempat perlindungan pelarian. Perkembangan itu dilaporkan agensi berita rasmi Palestin hari ini, selain tentera Israel menegaskan serangan terbabit menyasarkan pusat perintah milik Hamas. Pejabat media kerajaan Gaza dalam kenyataan berkata, angka korban mencatatkan jumlah yang tinggi berikutan serangan dilakukan ketika pelarian sedang menunaikan solat Subuh. Sementara itu, tentera Israel dalam kenyataan berkata, pasukan udaranya membedil pusat kawalan dan perintah yang digunakan…

Read More

Zahid akui dalang jatuhkan Dr M

LIPIS 10 Ogos – Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui beliau adalah dalang utama yang terbabit menggulingkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam usaha menyelamatkan UMNO daripada diharamkan. Presiden UMNO itu, menyifatkan tindakan luar biasa itu penting untuk menentang Dr Mahathir yang didakwanya ketika itu mahu membatalkan pendaftaran UMNO. “Maka dalam keadaan itu, di Jelai, di Sungai Koyan di sini, saya mesti menyatakan, mengakui adalah dalang utama yang menjatuhkan Tun Dr Mahathir ketika itu, demi UMNO mana mungkin diharamkan, dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan…dilabel sebagai perompak atau rasuah.…

Read More

Duta Palestin hargai ucapan Steven Sim

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menerima surat penghargaan daripada Kedutaan Palestin di Malaysia kerana ucapan beliau ketika Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil, 4 Ogos lalu. Ini berikutan Kedutaan Palestin menyifatkan ucapan Steven Sim yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu sebagai ‘solid powerful solidarity speech’ atau ucapan solidariti yang amat berkuasa dan berkesan. Pengerusi Pertubuhan Solidaritas, Muhammad Najib, yang berkongsi surat itu melalui Facebooknya berkata, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengutuskan surat penghargaan itu yang bertarikh 8 Ogos lalu. Beliau menzahirkan penghargaan…

Read More

Mesin ATM di Nenggiri diaktifkan segera

GUA MUSANG 10 Ogos –  Pengaktifan perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, di sini, akan disegerakan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas itu. Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak kementerian mengambil maklum laporan yang diterima mengenai kesukaran penduduk di DUN Nenggiri untuk mengakses mesin ATM, yang memaksa mereka melakukan perjalanan sejauh 50 kilometer untuk ke Gua Musang. “Kementerian Kewangan telah selesai mengadakan perbincangan dengan beberapa bank tempatan dalam usaha menyediakan perkhidmatan…

Read More

Kafir harbi boleh dirujuk kepada Zionis

PUTRAJAYA 10 Ogos – Gelaran kafir harbi tidak boleh ditujukan kepada mana-mana warga negara bukan Islam di sesebuah negara yang menghormati perlembagaan dan mematuhi undang-undangnya. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, dalam konteks hari ini, istilah kafir harbi boleh dirujuk kepada kumpulan Zionis dan Israel yang memusuhi dan memerangi umat Islam serta mengusir mereka daripada kediaman dan tanah air. Menerusi Irsyad Hukum Siri Ke-864: Isu Berkaitan Pengkategorian Kafir Harbi di laman web rasminya hari ini, pejabat itu menjelaskan dalam konteks di Malaysia, mereka daripada kalangan bukan Islam, jauh sekali untuk dimasukkan…

Read More

Kedai Kopi Jalan Ampas

BIASANYA sebelum ke pejabat, menyorok siap-siap di restoran mamak di Bandar Seri Putra – Taqwa, Mustaqim atau Arsad. Tapi baru-baru ini terus ke Kedai Kopi Jalan Ampas, Cyberjaya. Sudah lama di Cyberjaya tapi tak pernah singgah di situ. Memang pernah ke lokasi RekaScape, Persiaran Apec tetapi untuk makan tengah hari di sebuah gerai yang ada di situ dan ketika itu kedai kopi berkenaan belum wujud. Khabarnya belum sampai setahun beroperasi. Melangkah masuk kedai kopi ini, bagi ‘orang lama’ tentunya akan terus mengimbau nostalgia industri filem era P.Ramlee. Apatah lagi mendengar…

Read More

MoU sijil halal Indonesia-Singapura

SINGAPURA: Pihak berkuasa halal Singapura dan Indonesia baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pengiktirafan bersama sijil dan logo halal masing-masing. Perjanjian yang akan berkuat kuasa pada 17 Oktober itu ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Kadir Maideen dan Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Indonesia (BPJPH), Muhammad Aqil Irham. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Duta Besar Indonesia ke Singapura, Suryo Pratomo. MUIS memaklumkan bahawa MoU ini akan memudahkan perdagangan produk yang diperakui halal antara…

Read More

Paramount kurangkan 2,000 pekerja

LOS ANGELES: Paramount Global akan mengurangkan 15 peratus tenaga kerjanya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) atau kira-kira 2,000 pekerjaan, sebagai sebahagian daripada pelan penjimatan kos. Pemotongan itu akan tertumpu pada dua bidang termasuk fungsi yang berlebihan dalam pemasaran dan komunikasi serta dalam kewangan, undang-undang, teknologi dan peranan sokongan lain Menurut Chris McCarthy, ketua pegawai eksekutif konglomerat media itu, keputusan sukar itu akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang dan akan selesai pada akhir tahun. Laporan pendapatan suku kedua yang dikeluarkan pada Khamis mendedahkan cabaran kewangan yang signifikan bagi Paramount,…

Read More

Kematian akibat demam Lassa meningkat

ABUJA: Kes kematian akibat demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163 pada Khamis berbanding 219 kematian dengan 1,227 kes pada tahun lalu. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria wabak demam Lassa terus merebak di 34 negeri dan wilayahnya. Lassa  disebarkan melalui pendedahan kepada makanan atau barangan yang tercemar oleh air kencing dan najis tikus Mastomys, boleh menjangkiti individu lain dan boleh membawa maut. Demam Lassa kali pertama dikesan di Nigeria pada 1969 di negeri Borno, timur laut negara itu dan pada 23 Januari 2019, Nigeria mengisytiharkan darurat akibat wabak…

Read More