Kematian akibat demam Lassa meningkat

ABUJA: Kes kematian akibat demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163 pada Khamis berbanding 219 kematian dengan 1,227 kes pada tahun lalu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria wabak demam Lassa terus merebak di 34 negeri dan wilayahnya.

Lassa  disebarkan melalui pendedahan kepada makanan atau barangan yang tercemar oleh air kencing dan najis tikus Mastomys, boleh menjangkiti individu lain dan boleh membawa maut.

Demam Lassa kali pertama dikesan di Nigeria pada 1969 di negeri Borno, timur laut negara itu dan pada 23 Januari 2019, Nigeria mengisytiharkan darurat akibat wabak demam Lassa.

Kerajaan Nigeria sebelum ini mengumumkan bahawa tiga jenis ubat dikenal pasti untuk merawat penyakit ini.

Related posts

Leave a Comment