Lebih 100 maut serangan waktu Subuh

KAHERAH: Serangan udara rejim Zionis pada waktu Subuh menyebabkan lebih 100 rakyat Palestin maut, manakala puluhan lagi cedera ketika mereka sedang berlindung di sebuah sekolah di Gaza yang dijadikan tempat perlindungan pelarian.

Perkembangan itu dilaporkan agensi berita rasmi Palestin hari ini, selain tentera Israel menegaskan serangan terbabit menyasarkan pusat perintah milik Hamas.

Pejabat media kerajaan Gaza dalam kenyataan berkata, angka korban mencatatkan jumlah yang tinggi berikutan serangan dilakukan ketika pelarian sedang menunaikan solat Subuh.

Sementara itu, tentera Israel dalam kenyataan berkata, pasukan udaranya membedil pusat kawalan dan perintah yang digunakan sebagai tempat perlindungan pengganas dan komander Hamas.

“IAF melakukan serangan tepat terhadap pejuang yang beroperasi di pusat arahan dan kawalan Hamas, terletak di sekolah Al-Taba’een, bersebelahan masjid di Daraj Tuffah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi penduduk Bandar Gaza.

“Sebelum serangan, pelbagai langkah berjaga-jaga diambil bagi mengurangkan risiko mencederakan orang awam, termasuk penggunaan peluru tepat, pengawasan udara dan maklumat risikan,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment