3 wartawan sedia jawab di mahkamah

PUTRAJAYA 9 Ogos – : Tiga wartawan portal berita Malaysiakini dipanggil polis untuk rakaman percakapan berkaitan laporan berita pertukaran kepemimpinan tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Nantha Kumar, Hariz Mohd dan Shahrin Aizat Noorshahrizam dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pukul 2.30 petang. Peguam mereka, Rajsurian Pillay berkata proses rakaman percakapan itu berjalan lancar dan berakhir sekitar pukul 3.40 petang sebelum mereka dilihat keluar pada pukul 3.45 petang. “Sebanyak 27 soalan diajukan dan antaranya adalah mengenalpasti sumber di sebalik artikel yang disiarkan. Untuk sebahagian daripada…

Read More

Persaraan bukan satu pengakhiran – Zuki

PUTRAJAYA 9 Ogos – Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali menyifatkan persaraannya sebagai sebagai penjawat awam adalah permulaan baharu untuk terus membantu kerajaan dan negara. Mohd Zuki, 62, yang ditemui selepas mengimbas perakam waktunya buat kali terakhir sebagai penjawat awam, berkata, beliau sedia berkhidmat dengan memberikan, pandangan atau nasihat sekiranya diperlukan. “Kita selagi khidmat diperlukan, insya-Allah kita akan bersedia untuk memberikan apa sahaja khidmat, nasihat atau pandangan. “(Persaraan) ini bukan pengakhiran bagi saya, jika masih diperlukan, saya akan terus berikan perkhidmatan,” katanya di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.…

Read More

Tenaga buruh kini 17.15 juta

PUTRAJAYA 9 Ogos – Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta berbanding 16.96 juta pada suku pertama tahun ini. Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia,  bilangan penduduk bekerja naik sebanyak 1.2 peratus, mencecah 16.59 juta pada suku tahun yang sama berbanding 16.4 juta orang pada suku sebelumnya. Manakala bilangan penganggur terus berkurang sebanyak 0.6 peratus kepada 557,800 pada suku kedua tahun ini berbanding 561,100 pada suku pertama tahun ini, merekodkan kadar pengangguran 3.3 peratus pada suku tahun kedua 2024. Sementara itu, bilangan…

Read More

Tesla gagal saingi EV China

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Kegagalan bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) dikeluarkan syarikat dari China, menyebabkan Tesla membatalkan rancangan mengembangkan operasi pengeluaran di rantau ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. “Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China. “Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla,” katanya ketika ditemui selepas meluncurkan Garis Panduan Mengenai…

Read More

Negara pengantara gesa rundingan segera

KAHERAH: Pemimpin Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar menggesa Israel dan Hamas untuk bertemu dalam satu rundingan di Doha atau Kaherah bagi memuktamadkan gencatan senjata Gaza serta perjanjian pembebasan tebusan. Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga negara itu, yang berusaha menjadi pengantara perjanjian, berkata rundingan itu boleh diadakan dalam masa terdekat, 15 Ogos ini sebelum keadaan bertambah tegang. “Rangka kerja perjanjian itu kini sudah tersedia dengan hanya butiran pelaksanaan yang masih berbaki untuk dimuktamadkan. Tiada masa lagi untuk disia-siakan mahupun alasan daripada mana-mana pihak untuk menangguhkannya. Sudah tiba masanya untuk membebaskan…

Read More

Kenyataan memalukan, tidak boleh diterima

KAHERAH – Kenyataan Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang menyatakan untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran, disifatkan sebagai “memalukan dan tidak dapat diterima.” Justeru Mesir mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan itu dengan menekankan bahawa nyawa dan keselamatan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tanggungjawab negara pendudukan di bawah undang-undang antarabangsa. Kenyataan kontroversi oleh Smotrich dibuat semasa ucapan di persidangan pada Isnin, apabila beliau mencadangkan bahawa kelaparan dua juta orang di Gaza sehingga mati boleh dianggap adil dan bermoral. Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan menyatakan tindakan itu…

Read More

Muhammad Yunus ketuai kerajaan sementara

DHAKA: Pemenang Hadiah Nobel Tunggal Bangladesh, Muhammad Yunus mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan Sementara negara itu semalam (Khamis) selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan. Majlis mengangkat sumpah berlangsung di pejabat Presiden Mohammed Shahabuddin di ibu negara Dhaka selepas beberapa minggu protes yang menyebabkan kejatuhan kerajaan pimpinan Hasina. Berikutan peletakan jawatan perdana menteri, ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan sebuah kerajaan peralihan akan dibentuk untuk mentadbir negara. Pada Selasa, 6 Ogos lalu Presiden Shahabuddin turut membubarkan parlimen negara itu. Terdahulu penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar mengancam akan melakukan lebih…

Read More