Kita tidak tahu apa masalah dia”

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang mengikut Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya masih belum menerima laporan penuh berhubung perbuatan Ibrahim di lokasi kejadian tanah jerlus di sini pada Rabu lalu.

Katanya, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diarah untuk memanggil Ibrahim kelmarin.

“Kita tidak tahu apa masalah dia, kita husnuzon. Kalau tuan, puan ingat dia (Ibrahim) pernah dituduh sebelum ini tetapi dia kata nak bertaubat, tapi ini dia buat balik. Saya selalu sebut, Islam agama atas dasar nasihat-menasihati. Kita tidak mahu ‘judgmental’ (menghukum). Kita tidak tahu apa masalah orang itu.

Oleh itu saya minta untuk panggil raja bomoh ini dan berbincang supaya kita boleh terangkan kepada dia dari sudut mana perbuatan dia itu salah dari akidah,” katanya. ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk Taman Bunga Raya, di sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh 22 Ogos lalu.

Beliau berkata, untuk tindakan penguatkuasaan itu JAWI akan lakukan dan jika ada kesalahan di bawah akta di mana bahagian penguat kuasa dapati berlaku, maka tindakan akan diambil.

“Bermakna, kita akan beri nasihat dan pada masa sama bahagian penguat kuasa akan jalankan siasatan,” katanya.

Kehadiran Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan di tempat kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, di sini apabila beliau  memaklumkan kehadirannya untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui.

Nnn

Related posts

Leave a Comment