Pindah ke Nusantara ditangguh

JAKARTA – Pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur ditunda sehingga lapangan terbang di situ beroperasi, kata Presiden Joko Widodo.

Ketika lawatannya ke Yogyakarta, kelmarin, Jokowi berkata banyak perkara belum diselesaikan, seperti lapangan terbang.

Jokowi berkata, lapangan terbang diperlukan bagi memudahkan pergerakan ke pelbagai wilayah sejurus ibu negara Indonesia dipindahkan ke Nusantara kelak.

“Jika saya mahu ke Papua, Nusa Tenggara Timur atau Acheh (selepas perpindahan), ia perlu dari lapangan terbang di Nusantara,” katanya yang akan menamatkan penggal pentadbiran tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama Jokowi menunda perpindahan ke Nusantara selepas awalnya dijadualkan mula bekerja di Nusantara pada Julai lalu, tetapi ditunda kerana belum dilengkapi infrastruktur utama untuk bekalan air dan elektrik.

Jokowi pada akhir Julai lalu, menghabiskan beberapa malam di istana presiden, manakala pentadbirannya berlumba menyelesaikan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia pertama di Nusantara, yang turut menandakan pelancarannya di peringkat global.

Sambutan pada 17 Ogos lalu, dihadiri kira-kira 1,300 tetamu rasmi, termasuk anggota Kabinet.

Foto fb Jokowi : Menyampaikan bantuan beras di Yongyakarta)

Related posts

Leave a Comment