Guan Eng cakap tak serupa bikin?

  • KUALA LUMPUR 25 Julai  – Presiden MCA,  Wee Ka Siong membidas pimpinan DAP khususnya dua beradik Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying berhubung isu feri lama Pulau Pinang ketika beliau menjadi Menteri Pengangkutan.

Ka Siong berkata, ketika itu Kementerian Pengangkutan mengambil keputusan menggantikan feri lama berusia 146 tahun dengan feri penumpang berhawa dingin dan jauh lebih laju.

“Amboi! Bukan main lagi ayat-ayat yang digunakan sampai saya dituduh mengkhianati rakyat Pulau Pinang! Adik-beradik Lim ini beriya-iya sangat nak feri lama Pulau Pinang tersebut dikembalikan semula.

“Sekarang siapa yang menghalangnya? Wee Ka Siong lagi ke?,” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini susulan Feri Pulau Kapas karam di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) semalam.

Tambah Ka Siong, menurut laporan media Oriental Daily bertarikh 24 Disember 2022, Guan Eng mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk memulihkan perkhidmatan feri lama yang dianggap ikonik oleh Guan Eng.

“Apa sudah jadi? Guan Eng cakap tak serupa bikin! Semalam, feri ikonik ini dilaporkan tenggelam. Maksudnya apa?,” soalnya lagi.

Semalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengesahkan Feri Pulau Kapas karam di PSAH.

Feri yang ditambat di Dermaga 2, PSAH itu telah mengalami kebocoran dan tidak lagi boleh dibuat pembaikan dan siasatan yang telah dilaksanakan mendapati Feri Pulau Kapas karam separuh bahagian memandangkan air laut masih surut.

Guan Eng seperti dilihat di Facebooknya dan SPPP turut melawat feri yang karam itu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment