Suhakam bantah hukuman gantung

KUALA LUMPUR 25 Julai –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membantah hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu. Walaupun bersama memahami kesedihan keluarga mangsa dan mengakui seriusnya jenayah terbabit, Suhakam berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan. Atas dasar itu, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua. “Suhakam mengucapkan takziah kepada keluarga Zulfarhan…

Read More

AMK minta BN Kedah muhasabah diri

ALOR SETAR 25 Julai – Barisan Nasional (BN) Kedah seharusnya bermuhasabah diri dan melakukan ‘post-mortem’ untuk melihat penolakan rakyat Kedah terhadap calon parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar Tan Jin Hao, berkata BN Kedah juga harus melihat bagaimana berlakunya penolakan rakyat, termasuk penyokong parti itu sendiri yang memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat BN untuk bertanding di Parlimen Alor Setar pada PRU akan datang. Sabtu lalu, Pengerusi BN…

Read More

Guan Eng cakap tak serupa bikin?

KUALA LUMPUR 25 Julai  – Presiden MCA,  Wee Ka Siong membidas pimpinan DAP khususnya dua beradik Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying berhubung isu feri lama Pulau Pinang ketika beliau menjadi Menteri Pengangkutan. Ka Siong berkata, ketika itu Kementerian Pengangkutan mengambil keputusan menggantikan feri lama berusia 146 tahun dengan feri penumpang berhawa dingin dan jauh lebih laju. “Amboi! Bukan main lagi ayat-ayat yang digunakan sampai saya dituduh mengkhianati rakyat Pulau Pinang! Adik-beradik Lim ini beriya-iya sangat nak feri lama Pulau Pinang tersebut dikembalikan semula. “Sekarang siapa yang menghalangnya? Wee…

Read More

Surat larang 4 sertai kempen palsu

KOTA TINGGI 25 Julai – “Surat itu pun surat palsu, bermakna surat layang. Tidak ada kebenaran pun,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, BN mengalu-alukan semua pihak yang boleh membantu memenangkan calon mewakili parti itu di Nenggiri, terutama dalam kempen PRK terbabit. Beliau mengulas satu kenyataan yang tersebar kononnya BN menghalang empat individu tampil di pentas ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, tidak lebih sekadar surat layang. Ahmad Zahid ditemui selepas Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan…

Read More

Kerugian akibat gangguan CrowdStrike

LONDON: Syarikat-syarikat Fortune 500 di Amerika Syarikat (AS), kecuali Microsoft, dijangka mengalami kerugian kewangan sebanyak AS$5.4 bilion (RM25.2 bilion) akibat gangguan CrowdStrike baru-baru ini. Menurut syarikat insurans Parametrix, kemas kini yang bermasalah daripada perisian keselamatan CrowdStrike itu telah menyebabkan komputer yang dikuasakan oleh sistem operasi Windows Microsoft mengalami kegagalan. Ia sekali gus mengganggu perkhidmatan Internet di seluruh dunia dan memberi kesan kepada pelbagai industri termasuk syarikat penerbangan, perbankan, dan penjagaan kesihatan. Parametrix dalam satu kenyataan, berkata, kerugian yang diinsuranskan daripada gangguan itu dijangka mencecah antara AS$540 juta hingga AS$1.08 bilion…

Read More

Jokowi dijangka mula kerja di IKN Ahad

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadualkan mula bekerja dari ibu negara baharu Indonesia, ibu kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur, Ahad ini dengan merasmikan pembukaan tol dan memeriksa IKN. Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono, dilaporkan berkata, Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dan Sekretariat Presiden sedang bersiap (memenuhi) semua keperluan presiden untuk mula bertugas di IKN. Hartono berkata, pihak istana dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam masih giat menyiapkan infrastruktur pejabat presiden di IKN termasuk keperluan perabotnya. Bagaimanapun, Hartono tidak mendedahkan perincian sama ada Jokowi akan…

Read More