SEPANG 24 Jun – Kumpulan pertama, 280 jemaah haji Malaysia KT01 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.10 malam ini dengan penerbangan AMAL Malaysia Airlines. Mereka terdiri dari jemaah haji negeri Kedah dan Kelantan itu berlepas daripada Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 6.40 pagi (waktu Arab Saudi). Ketibaan jemaah haji disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussin dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed…
Read MoreDay: June 24, 2024
Pandangan peribadi Tok Mat, bukan UMNO
KUALA LUMPUR 24 Jun – Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan berhubung isu pemilikan saham dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) oleh Global Infrastructure Partners (GIP) yang ada kepentingan BlackRock adalah pendapat peribadi. Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO sependapat dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung isu pemilikan tersebut. “Pendapat yang diberikan oleh Tok Mat (Mohamad) adalah pendapat peribadi dan saya sudah bertemunya malam tadi. Beliau menyatakan itu hanya pandangannya bukan mencerminkan pandangan UMNO secara rasmi,” katanya di sini, hari ini. Beliau ditemui…
Read MoreMBSB Bank bayar balik RM24.2 juta
KUALA LUMPUR 24 Jun – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) sudah memulangkan semula wang daripada empat akaun simpanan tetap berjumlah RM24.2 juta yang dicuri oleh satu sindiket, baru-baru ini. MBSB Bank dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan satu siasatan dalaman secara menyeluruh susulan daripada siasatan awal yang dijalankan oleh polis. Menurut kenyataan itu, kejadian ini membabitkan sindiket yang bersekongkol dengan beberapa kakitangannya, yang kini dalam tahanan polis. “Sindiket ini melakukan pengeluaran wang secara haram yang disahkan menggunakan kad pengenalan (NRIC) palsu,” kata kenyataan itu. MBSB Bank sedang…
Read MoreJohari ada 21 hari umum keputusan
KUALA LUMPUR 24 Jun – Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata, beliau mempunyai masa 21 hari untuk memutuskan kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang sudah terhenti keahlian mereka baru-baru ini. Johari juga mengesahkan sudah menerima notis untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen itu pada, Jumaat lalu. “Saya sudah terima notis berkenaan Jumaat lalu daripada Ahli Parlimen Beluran yang juga Ketua Whip (Datuk Seri Dr Ronald Kiandee). Mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkajinya. “Insya-Allah bila saya sudah ada keputusan, saya akan maklumkan kepada anda. Harap bersabar,” katanya kepada media…
Read MoreBlackRock: Tindakan flip flop cukup meloyakan
SEPANG 24 Jun – Tindakan membenar atau meluluskan proses pemilikan saham MAHB kepada BlackRock adalah seperti membenarkan musuh masuk kerumah sendiri menggunakan pintu hadapan. Exco Pemuda UMNO Mohd Nazifuddin Najib berkata, tindakan itu juga seperti menggadaikan maruah yang kita jaga dengan penuh adab dan susila daripada musuh nyata yang selama ini dipertahankan semenjak merdeka. Beliau berkata, selama ini kerajaan memperjuangkan kemerdekaan Palestin dan menyokong segala usaha berkaitan pembebasan Palestin dari keganasaan yang dilakukan Israel. “namun tindakan membenarkan syarikat milikan ‘negara Israel’ untuk memiliki saham syarikat pengurusan lapangan terbang negara kita…
Read MoreWakil PN umpamakan kerajaan ‘lembu kenyang’
KUALA LUMPUR 24 Jun – Istilah kerajaan ‘lembu kenyang’ yang dibangkitkan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) menggamatkan hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika beliau berbahas pada Sesi Penerangan Menteri mengenai Pelaksanaan Penyasaran Semula Subsidi Diesel. Radzi menggunakan istilah itu bagi menggambarkan seolah-olah mendakwa kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat dengan kenaikan harga barang sejak penyasaran subsidi diesel itu dilaksanakan pada 10 Jun lalu. “Ini berikan impak besar, saya sentiasa sebut kerajaan tidak dengar apa rakyat sebut di bawah, ini kerajaan lembu kenyang mereka tak selami apa dilalui rakyat. Ini…
Read MoreUsul berkaitan MAHB ditolak
KUALA LUMPUR 24 Jun – Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolak usul tergempar oleh seorang Ahli Parlimen pembangkang yang menggesa penangguhan atau pembatalan penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat berkait BlackRock. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN- Machang) mengemukakan usul itu mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1). “Usul tergempar saya untuk bahas penangguhan atau pembatalan penjualan saham MAHB kepada syarikat pro-Zionis ditolak oleh speaker,” katanya menerusi perkongsian di Facebook selepas menghadiri sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Beliau bagaimanapun menegaskan akan terus berunding dan mendesak dalam…
Read MoreKPM jemput beri cadangan PPPM
PUTRAJAYA 24 Jun – Kementerian Pendidikan (KPM) menjemput orang ramai menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam kenyataannya, KPM memaklumkan pelan pendidikan yang ada sekarang sudah hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya. “Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik,” menurut KPM dalam kenyataan di sini hari ini. Bagi tujuan itu, KPM memaklumkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia…
Read More30 tahun dituduh tanpa bukti – Dr Mahathir
PUTRAJAYA 24 Jun – Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersikap lepas tangan termasuk tuduhan yang dikaitkan semasa pemerintahannya. Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, selama 30 tahun Anwar menuduhnya tanpa bukti dan apabila beliau meminta dikemukakan bukti, Perdana Menteri mengguna SPRM untuk membantu mencari bukti. “Sepatutnya, berdasar kepada kenyataan-kenyataannya yang lampau, Anwar sudah ada berkotak-kotak dokumen yang membukti kesalahan yang saya lakukan. Saya juga bersedia untuk menjawab tuduhan itu di mahkamah. Bukankah mahkamah tempat paling baik untuk Anwar buktikan tuduhan-tuduhan tersebut disertakan dengan kotak-kotak bukti yang ada padanya?,”…
Read More