SEPANG 24 Jun – Tindakan membenar atau meluluskan proses pemilikan saham MAHB kepada BlackRock adalah seperti membenarkan musuh masuk kerumah sendiri menggunakan pintu hadapan.
Exco Pemuda UMNO Mohd Nazifuddin Najib berkata, tindakan itu juga seperti menggadaikan maruah yang kita jaga dengan penuh adab dan susila daripada musuh nyata yang selama ini dipertahankan semenjak merdeka.
Beliau berkata, selama ini kerajaan memperjuangkan kemerdekaan Palestin dan menyokong segala usaha berkaitan pembebasan Palestin dari keganasaan yang dilakukan Israel.
“namun tindakan membenarkan syarikat milikan ‘negara Israel’ untuk memiliki saham syarikat pengurusan lapangan terbang negara kita yang unggul ini tidak menunjukkan suara Malaysia yang sebenar diperingkat dalaman dan antarabangsa.
“Tindakan flip flop ini cukup meloyakan,” katanya dalam kenyataan melalui Facebooknya.
Beliau berkata,dengan dunia IT tanpa sempadan, secara logiknya, dengan membenarkan musuh berada di dalam negara, secara tidak langsung, mereka ‘diberikan’ kebenaran untuk mengeksploitasikan maklumat kerahsian negara.
“Harusnya kerajaan lebih sensitif dengan isu-isu keselamatan negara dari mementingkan transaksi menguntungkan untuk seketika dan tanpa sedar meletakan negara ini dalam bahaya.
“Sejujurnya saya merasakan bahawa, tiada nilai yang boleh dipertaruhkan untuk keselamatan negara dan rakyat yang bernaung di bawahnya. Khazanah terlupa akan keselamatan negara atau kerajaan yang terlupa..?,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sikap Korporat Khazanah dalam mentadbir urus harta negara amat dihormati.
Bagaimanapun tidakan pembelian saham pengurusan lapangan terbang negara tidak terletak pada tangan Khazanah,sebaliknya pada Kerajaan yang menjadi tonggak tadbir urus serta hala tuju negara.
“Apakah Kerajaan sedar dengan meluluskan urusan jual beli ini, kerajaan membuka ruang kemusnahan yang lebih besar?
Masih tidak belajar lagi tentang kesilapan kesilapan dahulu terutama para Menteri kini yang dahulunya berada di kelompok pembangkang dan memainkan cukup banyak propaganda yang menghancurkan?
Pastinya ada sesuatu yang terlepas pandang oleh Kerajaan hingga cadangan untuk mempelawa Blackrock itu telah dijadikan satu ‘kemestian’,” katanya sambil mengharapkan kerajaan tidak meneruskan penjualan ini supaya tidak terjadi ‘sudah terhantuk baru nak mengadah..’
Justeru sebagai mewakili suara-suara kecil rakyat, Mohd Nazifuddin berharap kerajaan tidak meneruskan pemilikan saham ini supaya tidak terjadi ‘sudah terhantuk baru nak mengadah..’
NN
