Bas perantara ke Parlimen

PUTRAJAYA 4 Feb. – Bagi mengurangkan kesesakan di luar kawasan Parlimen, perkhidmatan bas perantara percuma untuk Ahli Parlimen dan petugas Parlimen dari KL Sentral ke bangunan Parlimen akan dimulakan pada persidangan akan datang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata langkah itu juga bagi memberi contoh kepada masyarakat untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Katanya, cadangan memperkenal perkhidmatan itu pada persidangan dijadualkan 13 Februari ini dinyatakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan beliau bersetuju.

Fook berkata, perbincangan lanjut dengan pentadbiran Parlimen akan dilakukan untuk memastikan isu keselamatan tidak dikompromi serta berkenaan aspek penyelarasan seperti penggunaan pas tetap untuk memasuki kawasan Parlimen.

“Kita akan lihat bagaimana untuk melaksanakannya dari segi mekanisme mengambil pas keselamatan,” katanya

Sementara itu, Fook memberitahu, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua akan beroperasi pertengahan Mac depan dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara dengan jarak lebih 50 kilometer.

Katanya, perkhidmatan itu sedang melaksanakan percubaan membabitkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebagai pengawal selia.

Related posts

Leave a Comment