“Ini hanya permulaan, rakyat akan terbeban”

SEPANG 10 Jun –  “Sedih di hati bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat,” kata Perdana Menteri kelapan Muhyiddin Yassin susulan keputusan kerajaan menaikkan harga diesel secara mendadak mulai hari ini. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kenaikan sebanyak RM1.20 atau 56 peratus berbanding sebelumnya adalah amat tinggi dan tidak mengendahkan nasib rakyat yang cukup terbeban dengan inflasi dan kos sara hidup yang sudah tinggi. “Peringatan saya di Parlimen supaya pelaksanaan penyasaran subsidi langsung tidak diendahkan. Sedih di hati bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat. Kenaikan harga diesel secara…

Read More

100 tahun MAHA sasar RM6b

SERDANG 10 Jun – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan menarik sebanyak RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman melalui penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024. Menterinya, Mohamad Sabu, berkata perolehan itu antara petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan untuk MAHA 2024 bermula 11 hingga 22 September depan yang turut meraikan ulang tahun ke-100 sejak penganjurannya pada 1923. Berucap pada Majlis Peluncuran MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini, beliau berkata, KPKM juga menyasarkan nilai potensi pembiayaan kewangan RM600 juta atau sekurang-kurangnya 4,000…

Read More

Pelabuhan dalam perhatian SPRM

KOTA KINABALU 10 Jun –  Selepas berjaya mengesan kegiatan penipuan kontena yang terbesar di Selangor, baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang mempunyai pelabuhan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pelabuhan di Sabah dan negeri lain yang terbabit kini dalam perhatian SPRM dalam siasatan berhubung penipuan kontena yang menyebabkan ketirisan hasil cukai kepada kerajaan. Beliau berkata, usaha itu yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertujuan memastikan ketirisan dapat diatasi dan wang hasil cukai yang sepatutnya dikutip dapat dikembalikan di negeri yang terbabit.…

Read More

Menteri Israel letak jawatan

BAITULMAQDIS: Menteri Kabinet perang Israel, Benny Gantz meletak jawatan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, meningkatkan tekanan domestik terhadap pemimpin Israel yang masih bergelut dengan perang, Bekas jeneral dan Menteri Pertahanan Israel itu mengumumkan peletakan jawatan selepas tuntutannya pada bulan lalu supaya rancangan pasca perang untuk Gaza diluluskan Netanyahu tidak dilaksanakan. Bagaimanapun tindakan Gantz dijangka tidak akan menyebabkan kejatuhan kerajaan yang terdiri daripada gabungan parti agama dan ultra nasionalis, tetapi memberi tamparan politik pertama kepada Netanyahu, selepas lapan bulan perang. “Netanyahu menghalang kita menuju ke arah kemenangan sebenar. Itulah…

Read More

Israel lanjutkan larangan operasi Al Jazeera

BAITULMAQDIS: Pengawal selia telekomunikasi Israel melanjutkan larangan terhadap operasi Al Jazeera selama 45 hari lagi selepas Kabinet bersetuju siarannya menimbulkan ancaman kepada keselamatan. Minggu lalu, Mahkamah Tel Aviv mengekalkan larangan awal selama 35 hari ke atas operasi Al Jazeera di Israel, yang dikenakan oleh kerajaan atas alasan keselamatan negara, yang berakhir pada Sabtu. Dalam keputusan berasingan mengenai petisyen oleh Al Jazeera menentang penutupan itu, Mahkamah Agung Israel menyifatkan tindakan terhadap saluran penyiaran yang disokong Qatar itu sebagai ‘penetapan duluan’. Al Jazeera memberitahu mahkamah, ia tidak mencetuskan keganasan dan larangan itu adalah…

Read More

Kontraktor beli diesel guna tong ditahan

KOTA BHARU 10 Jun – Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang kontraktor di stesen minyak selepas dikesan melakukan pembelian diesel menggunakan tong tanpa permit. Kejadian itu berlaku di Wakaf Aik, Tawang dekat Bachok ketika KPDN melakukan pemantauan di stesen berkenaan beberapa jam selepas pengumuman pelaksanaan harga diesel tanpa subsidi pada kadar RM3.35 liter yang bermula hari ini. Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata, hasil pemantauan pihaknya  mendapati kontraktor berkenaan datang ke stesen minyak terbabit menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux. “Lelaki…

Read More

BN mahu kuburkan PN di Sungai Bakap

NIBONG TEBAL 10 Jun –  Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC mengajak pengundi menguburkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Pengerusi BN negeri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,  Musa Sheikh Fadzir berkata seluruh jentera BN sudah bersiap sedia untuk memenangkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan di Sungai Bakap. “Kali ini kita kuburkan mereka (PN), kita rampas Sungai Bakap daripada depa (mereka). Cukup-cukuplah jadi ADUN di Sungai Bakap. Kita akan mulakan semangat baharu…

Read More