BAITULMAQDIS: Menteri Kabinet perang Israel, Benny Gantz meletak jawatan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, meningkatkan tekanan domestik terhadap pemimpin Israel yang masih bergelut dengan perang,
Bekas jeneral dan Menteri Pertahanan Israel itu mengumumkan peletakan jawatan selepas tuntutannya pada bulan lalu supaya rancangan pasca perang untuk Gaza diluluskan Netanyahu tidak dilaksanakan.
Bagaimanapun tindakan Gantz dijangka tidak akan menyebabkan kejatuhan kerajaan yang terdiri daripada gabungan parti agama dan ultra nasionalis, tetapi memberi tamparan politik pertama kepada Netanyahu, selepas lapan bulan perang.
“Netanyahu menghalang kita menuju ke arah kemenangan sebenar. Itulah sebabnya kami meninggalkan kerajaan darurat hari ini dengan berat hati,” katanya seperti dilaporkan media.
Netanyahu ketika mengulas keputusan itu berkata, ini bukan masa untuk Gantz meninggalkan pertempuran, sebaliknyq ia adalah masa untuk bergabung tenaga.
Pada Sabtu, beberapa jam selepas tentera Israel menyelamatkan empat tebusannya dari Gaza, Netanyahu menggesa Gantz supaya tidak meletakkan jawatan.
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid pula menyokong keputusan Gantz yang disifatkan beliau sebagai ‘penting dan betul.’
Pada Sabtu, beberapa jam selepas tentera Israel menyelamatkan empat tebusannya dari Gaza, Netanyahu menggesa Gantz supaya tidak meletakkan jawatan.
Gantz yang menyambut ulang tahunnya ke-65 kelmarin dilihat calon paling berpotensi membentuk pakatan baharu sekiranya kerajaan Netanyahu dijatuhkan dan pilihan raya awal diadakan.
Nnn
