Serangan balai: Tiada rakyat Singapura ditahan KUALA LUMPUR 18 Mei – Tiada warganegara Singapura ditahan berhubung siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, tujuh individu yang ditahan reman tujuh hari sehingga 24 Mei merupakan warga tempatan. “Semua ditahan adalah warga tempatan, tiada (warga Singapura) seperti dilaporkan,” katanya pada Sabtu. Terdahulu , media tempatan melaporkan tujuh individu termasuk seorang warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit. Mereka yang direman itu melibatkan lima ahli keluarga suspek termasuk bapanya selain dua pelajar institut pengajian…
Read MoreDay: May 18, 2024
Raja Muda Perlis Pemangku Raja Perlis
KANGAR 18 Mei – Istana Arau hari ini memaklumkan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei 2024. Ini berikutan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan kemudiannya akan melalui proses rehabilitasi selepas itu. Justeru Raja Perlis menyeru agar semua rakyat negeri itu memberikan sokongan yang penuh kepada anakanda baginda, yang akan menggalas amanah sebagai Pemangku Raja Perlis bagi pihak baginda. “Tempoh pemangkuan Tuanku…
Read MoreEnggan jawab, tunggu tindakan Bersatu
BUKIT GANTANG 18 Mei – “Saya tak akan jawab. Saya nak tunggu apa tindakan mereka (selepas 14 hari) dan jika berlaku PRK (Pilihan Raya Kecil) pun, saya akan turun bertanding,” kata Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. Pada masa yang sama Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga menyifatkan surat yang sudah diterima itu tidak ada apa-apa makna. Beliau mentulas mengenai surat menyatakan sokongan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu termasuk yang mengumumkan sokongan masing-masing kepada kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung Bersatu,…
Read More2 lelaki cuba ceroboh Istana Negara
KUALA LUMPUR 18 Mei – Polis menahan dua lelaki yang disyaki cuba menceroboh Istana Negara di sini, petang semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kedua-dua suspek yang menaiki sebuah PERODUA Kembara pada mulanya cuba memasuki Istana Negara melalui Pintu 3, kira-kira pukul 4.40 petang. Katanya, anggota polis yang berkawal di pintu masuk menahan kenderaan dinaiki suspek dan suspek memaklumkan mereka mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong. “Anggota polis di lokasi kemudian melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki mereka dan menjumpai sebilah parang dalam kenderaan terbabit. Berikutan…
Read MorePermaisuri Agong ziarah mangsa serangan
JOHOR BAHRU 18 Mei – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, pagi ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam. Permaisuri Agong yang tiba kira-kira jam 11.35 pagi, turut menyertai tahlil dan doa ringkas sebagai penghormatan terhadap Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara,…
Read More7 direman bantu siasatan serangan
PASIR GUDANG 18 Mei – Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Mei bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, semalam. Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, hari ini. Mereka yang direman melibatkan lima ahli keluarga suspek berumur 19 hingga 62 tahun dan dua orang penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) berumur 22 dan 21 tahun. Mereka disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Enam individu berkenaan…
Read MoreJangan kaitkan dengan agama
JOHOR BAHRU 18 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram semalam dengan mana-mana agama. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata, masyarakat perlu mengelakkan membuat sebarang spekulasi liar berkaitan insiden itu. “Kita gesa supaya masyarakat elak dan tidak buat spekulasi (insiden serangan balai polis). Media juga begitu (tidak buat spekulasi). Kita juga mohon supaya fokus kepada melaporkan fakta kes seperti yang disebut oleh polis. “Tidak perlu kita nak kaitkan insiden ini dengan agama misalnya. Itu penting. Kita…
Read MoreBerita pilihan…
Lagi 30,000 lari tinggalkan Rafah
GAZA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa, tindakan ketenteraan Israel di Rafah memaksa 30,000 orang lagi melarikan diri. Menurut UNRWA, penduduk Gaza terus ‘dipindahkan’ secara paksa, dan sejak serangan tentera ke atas Rafah bermula pada 6 Mei, lebih 630,000 orang terpaksa meninggalkan kawasan itu. UNRWA menyifatkan keadaan kesesakan Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza semakin buruk di mana ramai mencari perlindungan. Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera di kawasan itu. Lebih tujuh bulan selepas perang Israel,…
Read MoreSelepas tujuh bulan 35,303 terbunuh
GAZA: Sekurang-kurangnya 35,303 orang terbunuh selama lebih tujuh bulan perang antara Israel dan pejuang Palestin, demikian laporan media memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas. Jumlah korban, termasuk sekurang-kurangnya 31 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, manakala 79,261 orang cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober. Terdahulu, tentera Israel dilaporkan terus mara ke tengah Jabalia, kubu kuat Hamas di utara Gaza, didahului dengan serangan kereta kebal manakala seluruh Rafah dihujani bom selepas operasi darat dihentikan. Pejuang Hamas pula berdepan…
Read More