Selepas tujuh bulan 35,303 terbunuh

GAZA: Sekurang-kurangnya 35,303 orang terbunuh selama lebih tujuh bulan perang antara Israel dan pejuang Palestin, demikian laporan media memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas.

Jumlah korban, termasuk sekurang-kurangnya 31 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, manakala 79,261 orang cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober.

Terdahulu, tentera Israel dilaporkan terus mara ke tengah Jabalia, kubu kuat Hamas di utara Gaza, didahului dengan serangan kereta kebal manakala seluruh Rafah dihujani bom selepas operasi darat dihentikan.

Pejuang Hamas pula berdepan serangan Israel di Jabalia, mempertahankan kubu mereka dengan roket anti-kereta kebal dan bom mortar.

Menurut penduduk dan media Hamas, kereta kebal Israel menyerang pasar utama di tengah Jabalia, iaitu penempatan kem pelarian sejak beberapa dekad lalu, sekaligus menyebabkan beberapa kedai terbakar.

Manakala Hamas mendakwa, pejuang sayap bersenjatanya di Jabalia berjaya memusnahkan sebuah kapal pengangkut tentera Israel dengan serangan roket anti kereta kebal Al-Yassin 105 buatan tempatan, sehingga mengakibatkan korban nyawa.

Related posts

Leave a Comment