EU sumbang 1 juta Euro bantu Maghribi

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah mengumumkan Kesatuan Eropah (EU) akan menyediakan 1 juta euro (AS$1.07 juta) kepada Maghribi susulan gempa bumi yang melanda negara Afrika Utara itu baru-baru ini.

Menurut Pesuruhjaya Krisis EU Janez Lenarcic, EU bersolidariti dengan rakyat Maghribi, dan mengeluarkan pembiayaan untuk membantu memenuhi keperluan mendesak penduduk.

“EU tetap bersedia untuk membantu Maghribi dengan apa jua cara yang diperlukan pada tempoh sukar ini,” kata Lenarcic.

Sementara itu, pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas.

Duta Britain, Simon Martin dalam satu hantaran yang dimuat naik awal Isnin di platform media sosial X, memberitahu, Britain menghantar 60 pakar mencari dan menyelamat, bersama peralatan dan empat anjing pengesan.

Kira-kira 2,122 orang terbunuh sejak gempa 6.8 magnitud, yang menggegarkan beberapa bahagian negara itu pada Jumaat, mencetuskan runtuhan batu, menyekat jalan dan menyukarkan pasukan penyelamat untuk sampai ke kawasan pergunungan yang teruk terjejas.

Related posts

Leave a Comment