Lagi 30,000 lari tinggalkan Rafah

GAZA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa, tindakan ketenteraan Israel di Rafah memaksa 30,000 orang lagi melarikan diri.

Menurut UNRWA, penduduk Gaza terus ‘dipindahkan’ secara paksa, dan sejak serangan tentera ke atas Rafah bermula pada 6 Mei, lebih 630,000 orang terpaksa meninggalkan kawasan itu.

UNRWA menyifatkan keadaan kesesakan Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza semakin buruk di mana ramai mencari perlindungan.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera di kawasan itu.

Lebih tujuh bulan selepas perang Israel, kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan kejam itu dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

Related posts

Leave a Comment