7 direman bantu siasatan serangan

PASIR GUDANG 18 Mei – Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 24 Mei bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, semalam.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, hari ini.

Mereka yang direman melibatkan lima ahli keluarga suspek berumur 19 hingga 62 tahun dan dua orang penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) berumur 22 dan 21 tahun. Mereka disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam individu berkenaan diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan termasuk peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon, Sulaiman Zamani dan Muhammad Zahier Rosli manakala seorang lagi, warga Singapura tidak diwakili.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian manakala anggota polis yang cedera akibat ditembak kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment