TH diminta siasat jemaah terkandas di Makkah

PUTRAJAYA 11 Mei – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan Lembaga Tabung Haji (TH) menyiasat kejadian sekumpulan jemaah Malaysia terkandas di Makkah kerana dikatakan menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Menterinya,  Dr Mohd Na’im Mokhtar yang turut bersimpati dengan kumpulan itu berkata pihaknya maklum kejadian menimpa bakal jemaah haji berkenaan yang dipercayai terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan.

Katanya, setiap tahun pihaknya melalui TH sentiasa memberi peringatan kepada umat Islam agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu 300 bakal haji terkandas di Makkah dikongsi menerusi hantaran di Facebook oleh seorang individu menerusi Forum Umrah DIY selepas dihubungi rakannya yang meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Mohd Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut mengingatkan adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH.

Mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Katanya, TH telah melantik 25 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1445H/2024M dan ia adalah antara langkah awal persediaan haji yang dilakukan TH setiap tah

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan penalti berjumlah 10,000 riyal (RM12,641) jika melanggar peraturan musim haji 2024 termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.

Tujuh kawasan ditetapkan itu ialah Makkah, wilayah Tengah, Masayir, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Penalti itu akan dikenakan terhadap kesemua individu termasuk warga tempatan manakala rakyat asing yang ditahan akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Riyadh untuk tempoh yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut.

“Langkah tegas ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah dalam melaksanakan Rukun Islam Kelima. Ia kekal menjadi keutamaan kami,” ujar kementerian itu lagi.

Related posts

Leave a Comment