PN tidak terkesan keputusan PRK KKB

HULU SELANGOR 11 Mei – Perikatan Nasional (PN) tidak terkesan dengan penurunan undi yang diperoleh seterusnya gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini. Pengarah PRK Kuala Kubu Bharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, meskipun Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi itu, jumlah undi diperoleh calon daripada Kerajaan Perpaduan, merosot. “Dahulu kita dapat 10,743 undi dan hari ini kita memperoleh 10,115 undi, sekali gus menyaksikan penurunan hanya 628 undi. PRK Kuala Kubu Bharu, kita bukan sahaja berdepan dengan…

Read More

‘UMDAP’ tidak jejaskan jentera UMNO

KUALA LUMPUR 11 Mei – Kejayaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini membuktikan semangat kesepakatan Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata biarpun dilempar dengan pelbagai tohmahan terutama melabel UMNO sebagai UMDAP (UMNO-DAP), ia tidak sedikit pun menjejaskan semangat jentera pilihan raya parti berkenaan untuk membantu memenangkan calon PH daripada DAP. “Biapun kita dibaling dengan isu UMDAP dan agak sukar untuk kita melakukan penjelasan, hakikatnya jalinan BN (Barisan Nasional) dan PH menjadi tunjang kepada kerajaan…

Read More

Calon PH menang majoriti 3,869 undi

HULU SELANGOR 11 Mei – Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menunjukkan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin ketika mengumumkan keputusan itu berkata, Sock Tao memperoleh 14,000 undi. Sementara, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperoleh 10,131 undi manakala Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi. Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahakan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam…

Read More

PH kekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu

KUALA KUBU BHARU 11 Mei – Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu apabila calonnya daripada DAP, Pang Sock Tao menewaskan tiga calon lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Sock Tao mengetepikan saingan calon Bersatu , Khairul Azhari Saut yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin. Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 setakat pukul 8.15…

Read More

TH diminta siasat jemaah terkandas di Makkah

PUTRAJAYA 11 Mei – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan Lembaga Tabung Haji (TH) menyiasat kejadian sekumpulan jemaah Malaysia terkandas di Makkah kerana dikatakan menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji. Menterinya,  Dr Mohd Na’im Mokhtar yang turut bersimpati dengan kumpulan itu berkata pihaknya maklum kejadian menimpa bakal jemaah haji berkenaan yang dipercayai terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan. Katanya, setiap tahun pihaknya melalui TH sentiasa memberi peringatan kepada umat Islam agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh…

Read More

Undi awal memihak kepada PH

KUALA KUBU BHARU 11 Mei – Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao memperoleh 592 undi bagi undi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang diadakan pada 7 Mei lalu. Ini diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yang memperoleh 156 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan calon Bebas Nyau Ke Xin masing-masing hanya memperoleh 1 satu undi. Setakat ini, keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyaksikan Sock Tao mendahului dengan majoriti 436 undi. Pada…

Read More

Pokok tumbang hempap lima kenderaan

TANJONG 11 Mei – Lima kenderaan yang diletakkan di Jalan Macalister di sini, hari ini mengalami kerosakan selepas dihempap dua batang pokok dipercayai berusia puluhan tahun tumbang pagi ini. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan beberapa pemilik kenderaan bersama keluarga baru beredar ke restoran yang terletak beberapa meter dari lokasi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Nazril Hisyam Napiah, berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.01 pagi membabitkan pokok tumbang. Katanya, jentera bersama lapan anggota tiba di lokasi 15 minit kemudian dan sebaik tiba di lokasi,…

Read More

Sedih julang Sumbangsih ‘cara berbeza’

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk “menjulang Piala Sumbangsih 2024” dengan cara berbeza. Ia susulan lawan pada Piala Sumbangsih, Selangor FC (SFC) memilih tidak hadir ke perlawanan itu yang dijadual malam tadi. Keputusan SFC berikutan isu keselamatan yang menjadi kebimbangan skuad Gergasi Merah selepas pemain sayap, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di Petaling Jaya Ahad lalu. Baginda berkongsi rasa sedih itu menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat. “Sedih untuk menjulang piala dengan cara ini,…

Read More

39,362 pengundi pilih PH atau PN

HULU SELANGOR 11 Mei –  Sama ada Pakatan Harapan (PH) mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) atau terlepas kepada Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan oleh 39,362 pengundi hari ini. Mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang, sebanyak 18 pusat mengundi, mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran, akan dibuka, kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pukul 2 petang. Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di…

Read More