Undi awal memihak kepada PH

KUALA KUBU BHARU 11 Mei – Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao memperoleh 592 undi bagi undi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang diadakan pada 7 Mei lalu.

Ini diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yang memperoleh 156 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan calon Bebas Nyau Ke Xin masing-masing hanya memperoleh 1 satu undi.

Setakat ini, keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyaksikan Sock Tao mendahului dengan majoriti 436 undi.

Pada hari pengundian awal, sebanyak 97 peratus daripada keseluruhan 863 pengundi awal berdaftar membabitkan 625 anggota polis, 238 tentera dan pasangan menunaikan tanggungjawab mereka.

Proses pengundian awal itu hanya membabitkan dua pusat mengundi iaitu masing-masing di Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine di sini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment