Kes tempatan Covid-19 cecah 5 juta

PUTRAJAYA 10 Feb. – Jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 setakat semalam mencecah 5 juta dengan pertambahan 269 kes baharu termasuk satu kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,000,175.

Menurut data portal KKMNow,  jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 5,038,812 termasuk 38,637 kes import.

Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 36,946 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,786 semalam berbanding 9,892 pada hari sebelumnya, dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,391 kes atau 96 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 387 pesakit atau 4 peratus mendapat rawatan di hospital, lapan daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana empat orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 375 pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih setakat semalam meningkat kepada 4,992,080 orang.

Sementara itu, kes harian di negeri-negeri terus kekal di bawah 100 kes dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 65 kes diikuti Selangor 43 kes.

Sementara itu, kes harian di negeri kekal di bawah 100 dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 77 kes diikuti Selangor 65, Perak 19, Melaka 18, Sarawak 16, Pahang 15, Kedah 11, Johor 10, Wilayah Persekutuan Putrajaya 9, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing 8 kes.

Ini diikuti Terengganu mencatatkan 7 kes, Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing tiga kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis tidak mencatatkan kes baharu.

Related posts

Leave a Comment