Calon PH menang majoriti 3,869 undi

HULU SELANGOR 11 Mei – Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menunjukkan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin ketika mengumumkan keputusan itu berkata, Sock Tao memperoleh 14,000 undi.

Sementara, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperoleh 10,131 undi manakala Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahakan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, Yuhanas memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini ialah 61.51 peratus.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada PRN lalu, Kee Hiong menang dengan majoriti 4,119 undi menewaskan tiga lagi pencabar yang mewakili PN, Muda dan PRM.

Related posts

Leave a Comment