Kadar kebolehjangkitan 0.88

PUTRAJAYA 26 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.88 berbanding 0.89 pada hari sebelumnya .

Sepuluh negeri merekodkan kadar lebih tinggi,  didahului Terengganu dengan 1.00, diikuti Johor 0.95, Perak 0.94, Pulau Pinang 0.93, Kelantan 0.92 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.91.

Negeri Sembilan, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 0.89 dan Kedah 0.88.

Enam negeri merekodkan di bawah 0.88 iaitu Pahang 0.87, Perlis 0.87, Melaka 0.84, Sabah 0.81, Wilayah Persekutuan Labuan 0.76 dan Sarawak 0.71.

Related posts

Leave a Comment