Lambaian terakhir, penuh makna sebelum nahas

PADA 19 April lalu, akaun Facebook 503 Squadron memuat naik empat keping gambar beserta keterangan mengenai penghantaran dua buah pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bersama sembilan Kru Udara dan 11 Juruteknik Pesawat ke Lumut, Perak . Penghantaran itu, adalah bagi menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April dan demonstrasi udara di Hari Terbuka Armada pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. “Marilah sama-sama mendoakan agar urusan penerbangan dan perjalanan mereka dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi,” begitu…

Read More

Majlis tahlil ganti sambutan ulang tahun

KUALA LUMPUR 23 April –  Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat. Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, berkata pembatalan sambutan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM. “(Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90) dibatalkan dan digantikan dengan tahlil dan doa selamat. “(Keputusan) ini dibuat atas perkenan Sultan Selangor. Difahamkan, baginda pun akan mencemar duli bagi majlis berkenaan,” katanya pada sidang media di…

Read More

Mereka yang terkorban….

KUALA LUMPUR 23 April – Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dua pegawai berpangkat Leftenan Komander adalah di antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu di Lumut, Perak, hari ini. Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut dalam kenyataannya berkata, 10 yang terkorban masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. Mereka yang berada dalam pesawat  HOM (M503-3) adalah Komander Muhammad Firdaus Ramli TLDM – Pegawai Memerintah Skuadron 503; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM; Leftenan…

Read More

Sultan Ibrahim, Sultan Selangor zahir rasa sedih

KUALA LUMPUR 23 April –  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan agar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak hari ini. Menurut catatan di laman Facebook rasmi, baginda menzahirkan rasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter itu. “Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan juga syuhada,” titah…

Read More

TLDM tubuh lembaga siasatan nahas

LUMUT 23 April – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi menyiasat nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu yang berlaku di Pangkalan TLDM Lumut, pagi ini. Menurut Cawangan Komunikasi Strategik TLDM, nahas pada pukul 9.32 pagi itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM yang terhempas ketika menyertai raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90. Insiden ini membabitkan 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. “Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan…

Read More

Tragedi amat malang – Panglima ATM

KUALA LUMPUR 23 April – “Ia satu (tragedi) yang amat malang” kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berhubung nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak hari ini. “Bila tragedi sebegini berlaku, kita memang berasa amat sedih. Ia satu (tragedi) yang amat malang,” katanya. Susulan itu, satu lembaga penyiasatan akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan terperinci insiden yang mengorbankan 10 kru dan penumpang itu. “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa. Dan lazimnya, kita akan tubuhkan lembaga penyiasatan,” katanya ditemui…

Read More

10 korban nahas dua helikopter TLDM

LUMUT 23 April – Seramai 10 orang terkorban dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini. Mereka terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang helikopter model HOM dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi. Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut. Susulan pertembungan itu, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas. Pesawat HOM terhempas di tangga…

Read More

Kutuk, hina, MCA tidak rela bantu DAP

KUALA LUMPUR 23 April – Pemuda MCA sekali lagi mempertahankan keputusan Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA pada 19 April lalu yang memutuskan tidak turun berkempen dalam PRK Kuala Kubu Bharu (KKB), sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tidak diletakkan sebagai calon. Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong berkata keputusan itu bukan kerana MCA kemaruk kuasa sebaliknya menegaskan keputusan dibuat kerana enggan membantu DAP yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan. Beliau berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian MCA yang tidak rela membantu DAP selepas pemimpinnya mengutuk MCA sebelum ini.…

Read More

Kubur besar ‘simpan’ 238 mayat

BANDAR RAYA GAZA: Sebuah kubur besar dijumpai di luar Hospital Nasser pada Sabtu selepas tentera Israel berundur dari bandar itu pada 7 April, setelah melakukan serangan darat selama empat bulan. Kubur yang mengandungi sekurang-kurangnya 283 mayat manusia itu ditemukan oleh petugas kesihatan di hospital yang terletak di bandar selatan Khan Yunis. Menurut laporan media, petugas agensi pertahanan awam Gaza mengeluarkan 73 lagi mayat daripada kubur besar itu, menjadikan jumlah semua mayat kepada 283 sejak Sabtu. Agensi pertahanan awam masih lagi mencari mayat dalam kubur itu. Sementara itu, Ismail al-Thawabteh daripada…

Read More