10 korban nahas dua helikopter TLDM

LUMUT 23 April – Seramai 10 orang terkorban dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Mereka terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang helikopter model HOM dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan itu, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru. Setakat ini, tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

Related posts

Leave a Comment