Lambaian terakhir, penuh makna sebelum nahas

PADA 19 April lalu, akaun Facebook 503 Squadron memuat naik empat keping gambar beserta keterangan mengenai penghantaran dua buah pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bersama sembilan Kru Udara dan 11 Juruteknik Pesawat ke Lumut, Perak .

Penghantaran itu, adalah bagi menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April dan demonstrasi udara di Hari Terbuka Armada pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

“Marilah sama-sama mendoakan agar urusan penerbangan dan perjalanan mereka dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi,” begitu catatan pada hari berkenaan bagi mengiringi penerbangan itu.

Menarik perhatian catatan keterangan salah satu gambar  yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.

“Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik,” demikian keterangan gambar berkenaan.

Turut menarik perhatian keterangan gambar yang berbunyi “Kru Udara Skuadron 503 yang akan menerbangkan HOM AW139 ke Pangkalan TLDM Lumut Perak diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM (5 dari kanan)”.

Dan hari ini Komander Muhammad Firdaus antara 10 yang terkorban.

Sekeping gambar lagi berkaitan taklimat disampaikan oleh Lt Kdr Shamsul TLDM di Briefing Room RS Nest Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK).

Menurut keterangan gambar itu, taklimat merangkumi keadaan cuaca sepanjang penerbangan, laluan navigasi, keadaan pesawat dan keselamatan penerbangan. Taklimat ini mesti dilaksanakan setiap kali sebelum penerbangan.

 

nnn

 

Related posts

Leave a Comment