Tragedi amat malang – Panglima ATM

KUALA LUMPUR 23 April – “Ia satu (tragedi) yang amat malang” kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berhubung nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak hari ini.

“Bila tragedi sebegini berlaku, kita memang berasa amat sedih. Ia satu (tragedi) yang amat malang,” katanya.

Susulan itu, satu lembaga penyiasatan akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan terperinci insiden yang mengorbankan 10 kru dan penumpang itu.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa. Dan lazimnya, kita akan tubuhkan lembaga penyiasatan,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Combat Shooting Club and Combat Adventure Fields di KL Base, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tragedi itu dan kenyataan rasmi akan dibuat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini.

Related posts

Leave a Comment