Kubur besar ‘simpan’ 238 mayat

BANDAR RAYA GAZA: Sebuah kubur besar dijumpai di luar Hospital Nasser pada Sabtu selepas tentera Israel berundur dari bandar itu pada 7 April, setelah melakukan serangan darat selama empat bulan.

Kubur yang mengandungi sekurang-kurangnya 283 mayat manusia itu ditemukan oleh petugas kesihatan di hospital yang terletak di bandar selatan Khan Yunis.

Menurut laporan media, petugas agensi pertahanan awam Gaza mengeluarkan 73 lagi mayat daripada kubur besar itu, menjadikan jumlah semua mayat kepada 283 sejak Sabtu. Agensi pertahanan awam masih lagi mencari mayat dalam kubur itu.

Sementara itu, Ismail al-Thawabteh daripada pejabat media Kerajaan Gaza berkata, 700 orang hilang sejak tentera Israel berundur dari bandar itu dan pihaknya percaya terdapat beratus-ratus jasad masih hilang selepas dibunuh tentera Israel.

Sekurang-kurangnya 34,151 warga Palestin maut dan 77,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, selain kemusnahan berskala besar dan kekurangan barang keperluan asas.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan Israel telah mengakibatkan 85 peratus rakyat Gaza hilang tempat tinggal selain daripada kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, sementara 60 peratus daripada infrastruktur yang rosak atau musnah.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Satu perintah sementara pada Januari memerintahkan Tel Aviv untuk menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan disampaikan kepada orang awam di Gaza.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment