PUTRAJAYA 14 April – Setakat semalam, sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 strok haba dan satu kejang haba, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Beliau berkata lapan kes masing-masing dilaporkan di Perak dan Kedah, enam di Selangor, lima kes masing-masing di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, empat kes di Sabah, dua di Perlis dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Kelantan. Secara kumulatif, dua kes kematian akibat strok haba dilaporkan di mana kematian pertama, seorang lelaki…
Read MoreDay: April 14, 2024
Iran anggap serangan ke atas Israel selesai
TEHRAN: Iran menganggap serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel adalah ‘selesai’, sambil memberi amaran kepada rejim Zionis supaya tidak bertindak balas bagi mengelakkan tindak balas Iran menjadi lebih teruk. Tindakan balas itu dilakukan Tehran berikutan serangan maut Israel terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini. “Tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik awal bulan ini. Ia dilakukan atas kekuatan Artikel 5 Piagam PBB yang berkaitan dengan pertahanan yang sah,” kata misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…
Read MoreMangsa sasaran tembak enggan ulas
SEPANG 14 April – Mangsa wanita yang terselamat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA 1 awal pagi ini, Farah Cie, memaklumkan tidak akan membuat sebarang kenyataan berkaitan kes itu buat sementara waktu. Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Farah Che menjelaskan beliau menerima nasihat daripada peguamnya susulan suspek masih dalam buruan pihak polis. Terdahulu, dalam hantaran selepas kejadian tembak itu, beliau berkata: “ Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA1. Laporan polis telah dibuat. Kenyataan rasmi akan dibuat”. Dalam kejadian kira kira pukul…
Read MoreEmpangan Air Itam mampu bertahan 30 hari
TANJONG 14 April – Paras air di Empangan Air Itam di sini adalah pada 30.8 peratus, hampir mencapai tahap kritikal ketiga yang dijangka dapat bertahan selama 30 hari, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Katanya, paras kritikal pertama ialah apabila air empangan mencapai 50 peratus, tahap kritikal kedua 40 peratus dan tahap ketiga 30 peratus. “Kita hampir mencapai tahap kritikal ketiga sekarang. Pada kadar ini, bekalan air dari Empangan Air Itam hanya boleh bertahan selama 30 hari,” katanya selepas menghadiri Karnival Raya yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera di…
Read MoreSuspek tembak di KLIA diminta serah diri
SEPANG 14 April Suspek yang melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1, di sini awal pagi tadi, mempunyai tiga rekod jenayah lampau. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan (Seksyen 506 Kanun Keseksaan) dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam (Seksyen 380/Seksyen 170 Kanun Keseksaan). Beliau berkata, suspek,Hafizul Harawi, 38 pernah ditahan pada Februari lalu kerana melakukan ugutan jenayah ke atas isterinya dan…
Read MoreTembakan di KLIA, suspek dikenal pasti
SEPANG 14 April – Lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di Sepang, dipercayai melarikan diri ke utara. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau juga memaklumkan, identiti suspek sudah dikenal pasti dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan selepas siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai melarikan diri ke utara. Hussein berkata, ketika kejadian, isteri suspek…
Read MoreBerita pilihan…
Hamas tolak gencatan senjata Israel
KAHERAH: Kumpulan Islam Palestin Hamas pada Sabtu menolak cadangan gencatan senjata Israel dengan menyerahkan pendirian itu kepada pengantara di Mesir dan Qatar terhadap cadangan yang diterimanya pada Isnin lalu. Setelah hampir tujuh bulan Israel menggempur Gaza melalui serangan udara dan darat, rundingan masih menemui jalan buntu dengan Hamas tetap menegaskan sebarang perjanjian gencatan senjata mesti menamatkan perang dengan Israel. Antara syarat utama Hamas termasuk gencatan senjata kekal, pengunduran askar Israel dari Gaza dan membenarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal untuk pulang ke kampung halaman mereka dan kemasukan bantuan dan pembinaan semula…
Read MoreIran lancar serangan keatas Israel
BAITULMAQDIS: Iran melancarkan serangan balas terhadap Israel, beberapa hari mengancam akan berbuat demikian, meletakkan sistem pertahanan udara Israel dalam keadaan berjaga-jaga. Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, ketika mengesahkan demikian berkata, Iran melancarkan dron dari wilayah mereka dan menuju ke Israel. Menurutnya, tentera udara dan laut Israel turut diarah bersiap sedia manakala pihak tentera akan terus memantau keadaan. Dalam pada itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan Iran telah melancarkan berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu ke Israel, selepas Israel berkata Tehran telah memulakan serangan. IRGC berkata pada hari Sabtu bahawa ia telah…
Read More