Suspek tembak di KLIA diminta serah diri

SEPANG 14 April  Suspek yang melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1, di sini awal pagi tadi, mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan (Seksyen 506 Kanun Keseksaan) dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam (Seksyen 380/Seksyen 170 Kanun Keseksaan).

Beliau berkata, suspek,Hafizul Harawi, 38 pernah ditahan pada Februari lalu kerana melakukan ugutan jenayah ke atas isterinya dan semakan polis juga mendapati isteri suspek pernah membuat dua laporan polis terhadap suaminya pada 2016 dan tahun lalu.

“Buat masa ini motif yang kita dapat pastikan adalah lebih kepada perihal peribadi antara suspek dengan isterinya.

“Mangsa pernah buat dua laporan polis sebelum ini berhubung ugutan jenayah iaitu pada 2016 dan yang terbaharu pada Disember tahun lalu dan hasil daripada laporan polis itu, suspek sudah pun ditahan polis,” katanya dalam sidang media di KLIA 1, hari ini.

Jelas beliau, polis sudah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya namun ada beberapa arahan lain yang polis perlu laksanakan.

Dalam pada itu, beliau meminta suspek untuk tampil menyerah diri di mana-mana balai polis terdekat secara aman dan memberi kerjsama kepada polis

“Saya amat menyarankan suspek supaya dapat memberi kerjasama dengan menyerah diri secara aman kepada mana-mana balai polis. Dalam konteks ini pihak polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan merbahaya.

“Justeru itu orang awam melihat suspek ini dapat berkongsi maklumat namun jangan bertindak sendiri,” katanya.

Selain itu katanya, Jabatan Sisatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan turut digerakkan bagi mengesan suspek.

Nnn

Related posts

Leave a Comment