Iran anggap serangan ke atas Israel selesai

TEHRAN: Iran menganggap serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel adalah ‘selesai’, sambil memberi amaran kepada rejim Zionis supaya tidak bertindak balas bagi mengelakkan tindak balas Iran menjadi lebih teruk.

Tindakan balas itu dilakukan Tehran berikutan serangan maut Israel terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini.

“Tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik awal bulan ini. Ia dilakukan atas kekuatan Artikel 5 Piagam PBB yang berkaitan dengan pertahanan yang sah,” kata misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam catatan di X hari ini.

Tindak balas Iran itu adalah serangan ketenteraan secara langsung negara itu ke atas wilayah Israel.

Semalam, Kor Pengawal Revolusi Iran mengumumkan mereka melancarkan puluhan dron dan peluru berpandu, menyasarkan tapak tentera di wilayah Israel.

Bagaimanapun tentera Israel mendakwa pihaknya menembak 99 peratus dron dan peluru berpandu dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutu lain sambil menyifatkan serangan yang dilancarkan Tehran sebagai gagal.

Bagaimanapun, Ketua Kakitangan Tentera Iran, Mohammad Bagheri, mendakwa serangan dilancarkan pihaknya mencapai semua objektif.

Katanya tindakan balas Iran menyasarkan pusat perisikan dan pangkalan udara di mana Tehran mendakwa ia menjadi lokasi jet F-35 milik Israel berlepas untuk menyerang konsulat Damsyik pada 1 April lalu.

Menurut beliau kedua-dua pusat ini musnah dengan ketara dan tidak berfungs

Related posts

Leave a Comment