‘Politik komang spanar’, halang pimpinan Terengganu

KUALA TERENGGANU 22 Ogos – Akibat politik ‘low class’ atau disebut orang Terengganu sebagai ‘politik komang spanar’, menyebabkan pimpinan kerajaan negeri tidak dapat bersama pada himpunan besar-besaran peminat motosikal RXZ di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus pada Jumaat dan Sabtu ini.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi hantaran di laman sosial rasminya memohon maaf kerana tidak dapat bersama menunggang RXZ bagi meraikan semua peserta RXZ 7.0 kali ini.

“Apa nak buat, bila politik memanjang 24 jam sehari dengan dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya dan pimpinan kerajaan negeri yang sentiasa dengan anda semua telah ditiadakan.

Akhirnya, tak pasal-pasal RXZ menjadi mangsa politik cemburu orang Putrajaya/KL. Inilah contoh politik ‘low class’ yang saya selalu sebut. Orang Terengganu kata ‘politik komang spanar’,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Ahmad Samsuri mengucapkan selamat datang dan bertandang ke Terengganu dan mendoakan agar semua peserta selamat dan program berjalan dengan baik dan teratur.

Walaupun secara fizikal beliau dan Exco tidak dapat hadir, tetapi hati mereka tetap bersama para peserta RXZ bikers.

Ahmad Samsuri turut menitipkan pesanan kepada peserta, supaya menunggang motosikal dengan berhati-hati dan cermat, mengutamakan keselamatan serta menjaga ibadah solat dan amalkan kebaikan sepanjang perjalanan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment