SEPANG 14 April – Mangsa wanita yang terselamat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA 1 awal pagi ini, Farah Cie, memaklumkan tidak akan membuat sebarang kenyataan berkaitan kes itu buat sementara waktu.
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Farah Che menjelaskan beliau menerima nasihat daripada peguamnya susulan suspek masih dalam buruan pihak polis.
Terdahulu, dalam hantaran selepas kejadian tembak itu, beliau berkata: “ Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA1. Laporan polis telah dibuat. Kenyataan rasmi akan dibuat”.
Dalam kejadian kira kira pukul 1.30 pagi semalam, mangsa yang berada di kawasan kejadian sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.
Ketika kejadian suaminya bertindak melepaskan tembakan ke arahnya namun ia mengenai pengawal peribadinya mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di perut serta dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pada sidang media berkata, suspek tidak mempunyai permit menggunakan senjata api.
Katanya, polis percaya suspek memperoleh senjata api secara haram.
Katanya, buat masa ini, polis belum kenal pasti jenis senjata api yang digunakan.
Katanya siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
