8.79 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 28 Mac – Berbaki empat hari lagi, sejumlah 8.79 juta individu daripada 30.08 juta orang sudah mengemaskini maklumat masing-masing dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga pukul 11.59 malam tadi. Menurut Facebook PADU, Selangor mendahului dengan 1.38 juta orang diikuti Johor 0.96 juta, Sarawak 0.88 juta dan Perak 0.86 juta. “Rekod pengemaskinian maklumat individu sehingga jam 11.59 malam tadi mencapai 8.79 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran. “Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem PADU,” kata…

Read More

Permaisuri Agong agih bubur lambuk

KUALA LUMPUR 28 Mac – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu di sini hari ini. Seri Paduka yang tiba pada pukul 10.54 pagi turut berkesempatan meninjau penyediaan bubur lambuk dan beramah mesra dengan petugas. Raja Zarith Sofiah kemudiannya berkenan mengagihkan bubur lambuk kepada 20 wakil masjid dari tujuh zon di Wilayah Persekutuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk golongan mualaf dan Orang Kurang Upaya (OKU). Sejumlah 50 kawah bubur lambuk dimasak secara bergotong-royong seawal 7 pagi melibatkan petugas…

Read More

Israel terus bertindak kejam

GAZA: Tentera Israel dilaporkan menanam mayat rakyat Palestin yang ditembak mati oleh Zionis itu menggunakan jentolak. Rakaman sebuah video terbaharu yang dikongsi Al Jazeera Arabic menunjukkan askar Israel menembak mati dua rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika mereka berjalan di kawasan lapang di sepanjang pantai di utara Semenanjung Gaza. Seorang daripada lelaki berkenaan dilihat melambai sehelai kain putih, untuk menunjukkan bahawa mereka bukan ancaman. Bagaimanapun, kedua-duanya ditembak dari jarak dekat sebelum mayat mereka ditanam di bawah pasir oleh jentolak tentera Israel. Dalam pada itu, tentera Israel terus mengepung Gaza, semalam…

Read More

PADU : Rafizi ke Sarawak minggu depan

KOTA SAMARAHAN 28 Mac –  Kementerian Ekonomi yang diketuai Rafizi Ramli dijangka mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak bagi membincangkan isu penangguhan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri itu. Premier Sarawak,  Abang Johari Abang Openg berkata, Rafizi serta barisan pegawainya mengesahkan akan berkunjung ke Kuching minggu depan. Katanya, kerajaan Sarawak mengalu-alukan kesediaan Rafizi untuk mengetahui dengan lebih terperinci kenapa pendaftaran PADU diarahkan ditangguh di Sarawak. “Beliau sendiri (Rafizi) ada menyatakan hendak mengetahui lebih lanjut kenapa kita minta ditangguhkan dan kita ada menjelaskan (sebelum ini) bahawa ia adalah berkaitan dengan privasi.…

Read More

33,983 didaftar pemilih baharu Februari

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 33,983 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Februari lalu didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2024 (DPT BLN2/2024) itu telah diperaku dan diwartakan dan dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 20 April ini. “DPT BLN2/2024 juga mengandungi 6,742 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,442 pemilih bertukar status atau kategori pengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini. SPR menyediakan lima kaedah…

Read More

Saran pakai pelitup muka hadapi TB

JAKARTA: Pejabat Kesihatan Jakarta menyarankan penduduk memakai pelitup muka di tempat yang sesak bagi mengurangkan risiko penularan TB atau batuk kering. Ketua pejabat, Ani Ruspitawati, menegaskan kuman TB boleh tinggal di udara selama berjam-jam apabila seseorang yang menghidap TB batuk atau bersin tanpa menutup mulut. Kuman ini boleh merebak ke udara dalam bentuk titisan, Beliau turut menasihati individu yang mengalami simptom seperti batuk berterusan, demam, hidung berair dan penurunan berat badan untuk mendapatkan rawatan perubatan segera. Gejala lain yang perlu diberi perhatian termasuk hemoptisis (batuk darah), hilang selera makan, dan…

Read More

Jenayah terancang mampu hasil RM14 trilion setahun

SINGAPURA: Kumpulan jenayah terancang sindiket pemerdagangan manusia dan  penipuan siber tidak lagi hanya tertumpu di Asia Tenggara sebaliknya berkembang ke rangkaian global yang menghasilkan sehingga AS$3 trilion (RM14 trilion) setahun. Menurut Polis Antarabangsa (Interpol), kumpulan terbabit bermula sebagai ancaman jenayah serantau di Asia Tenggara namun kini menjadi krisis pemerdagangan manusia global, dengan jutaan mangsa dikesan. Setiausaha Agung Interpol, Jurgen Stock, berkata, didorong oleh kerahsiaan dalam talian, model perniagaan baharu dan akibat Covid-19, kumpulan jenayah terancang ini kini bekerja pada skala yang tidak dapat dibayangkan berbanding sedekad lalu. Dalam taklimat di…

Read More