8.79 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 28 Mac – Berbaki empat hari lagi, sejumlah 8.79 juta individu daripada 30.08 juta orang sudah mengemaskini maklumat masing-masing dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga pukul 11.59 malam tadi.

Menurut Facebook PADU, Selangor mendahului dengan 1.38 juta orang diikuti Johor 0.96 juta, Sarawak 0.88 juta dan Perak 0.86 juta.

“Rekod pengemaskinian maklumat individu sehingga jam 11.59 malam tadi mencapai 8.79 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem PADU,” kata PADU.

Dalam satu muat naik berasingan, kementerian itu memaklumkan masih belum terlambat untuk membuat pengemaskinian maklumat sebelum 31 Mac bagi membolehkan diri masing-masing tergolong dalam kumpulan mereka yang menerima bantuan sekiranya layak.

Semalam Kementerian Ekonomi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan berbayar untuk mendaftar dalam PADU.

Ini kerana, katanya pendaftaran dan pengemaskinian PADU adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Related posts

Leave a Comment