Jenayah terancang mampu hasil RM14 trilion setahun

SINGAPURA: Kumpulan jenayah terancang sindiket pemerdagangan manusia dan  penipuan siber tidak lagi hanya tertumpu di Asia Tenggara sebaliknya berkembang ke rangkaian global yang menghasilkan sehingga AS$3 trilion (RM14 trilion) setahun.

Menurut Polis Antarabangsa (Interpol), kumpulan terbabit bermula sebagai ancaman jenayah serantau di Asia Tenggara namun kini menjadi krisis pemerdagangan manusia global, dengan jutaan mangsa dikesan.

Setiausaha Agung Interpol, Jurgen Stock, berkata, didorong oleh kerahsiaan dalam talian, model perniagaan baharu dan akibat Covid-19, kumpulan jenayah terancang ini kini bekerja pada skala yang tidak dapat dibayangkan berbanding sedekad lalu.

Dalam taklimat di pejabat Singapura, Stock berkata, pusat penipuan siber baharu, selalunya dikendalikan oleh kakitangan yang pada mulanya dijanjikan pekerjaan yang sah, sekaligus membantu kumpulan jenayah terancang mempelbagaikan jenayah mereka daripada pengedaran dadah.

Katanya, jenayah pengedaran dadah masih menyumbang 40 hingga 70 peratus daripada pendapatan sindiket terbabit.

“Tetapi kami melihat mereka mempelbagaikan perniagaan jenayah menggunakan laluan pengedaran dadah untuk pemerdagangan manusia dan senjata, harta intelek serta curi kereta,” katanya.

Stock berkata, kira-kira AS$2 (RM9.46) hingga AS$3 trilion (RM14.19 trilion) hasil haram disalurkan melalui sistem kewangan global setiap tahun dan kumpulan jenayah terancang boleh menjana ‘pendapatan’ sehingga AS$50 bilion (RM236 bilion) setahun.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment