Dr Akmal lapor polis ugutan bunuh

JASIN 26 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh yang lantang bersuara mengenai stoking tertera kalimah Allah membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira pukul 5 petang tadi. Ketika ditemui, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan EXCO Melaka, berkata laporan dibuat bagi melindungi keselamatan diri dan keluarga daripada ancaman. “Mula-mula saya tak nak buat tetapi apabila ada satu laporan mengenai perkara ini, saya fikir ia perkara yang serius…

Read More

Stoking: 29 April sebutan semula kes

SHAH ALAM 26 Mac – Tujuh pihak termasuk KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd dan Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada rangkaian kedai serbaneka itu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. Lima individu yang didakwa adalah Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, 57, dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui, 53. Selain itu, Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61;…

Read More

Kempen beli barangan orang Melayu

Kempen beli barangan orang Melayu SEPANG  26 Mac – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) melancarkan kempen menggesa seluruh ahli Putra dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kaum Melayu membelanjakan wang mereka di pasar dan kedai milik Melayu. Ahli Dewan Tertinggi Putra yang juga Ketua Penyelaras BMF Putra, Mohamed Shahrin Ismail berkata, pada masa yang sama kempen Buy Malaysia First (BMF) itu juga bagi memastikan mereka membeli produk halal serta benar-benar bersih. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pendekatan ini wajar kerana ekonomi Bumiputera ketika ini amat kritikal dan lemah berbanding…

Read More

Malaysia gesa patuhi segera UNSC

KUALA LUMPUR 26 Mac –  Malaysia menyokong resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menyeru gencatan senjata segera di Gaza, pembebasan semua tebusan dan kemasukan bantuan segera ke wilayah itu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, resolusi yang mengikat itu perlu dikuatkuasakan sekarang dengan mengambil kira bulan Ramadan yang bertujuan melahirkan renungan dan pembaharuan iman serta kembali kepada keluarga. Justeru, Amerika Syarikat (AS) perlu mengatasi sekutunya, Israel untuk menghormati kehendak masyarakat antarabangsa dengan mematuhi gencatan senjata dan membenarkan kemasukan segera bantuan kecemasan secara besar-besaran. “Kita mesti segera melegakan penduduk…

Read More

Israel, Hamas ‘tolak’ resolusi UNSC

KAHERAH: Resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendapat reaksi negatif apabila Israel dan Hamas mahukan syarat masing-masing bagi gencatan senjata menyeluruh di Gaza dipenuhi. Hamas berpegang kepada syor asalnya iaitu mahu tentera Israel berundur sama sekali dari Gaza dan memastikan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal kembali semula ke wilayah berkenaan. Di samping itu, Hamas turut menuntut pertukaran tahanan yang merujuk kepada pembebasan rakyat Palestin dari penjara Israel sebagai timbal balas untuk tebusan Israel yang ditahan di Gaza. Manakala Israel pula tetap dengan pendirian mahu kumpulan pejuang…

Read More

AS sokong resolusi gencatan senjata

TEL AVIV: Washington berkecuali dan tidak membantah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza. Dalam pengundian terbaharu semalam, sikap AS yang berkecuali membenarkan resolusi kali ini diluluskan, apabila 14 ahli UNSC lain mengundi menyokongnya. Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata, walaupun resolusi terkini mengandungi suntingan yang diminta oleh AS, Washington tidak boleh mengundi ‘ya’ kerana ia ‘tidak bersetuju dengan semua kandungannya’. “Gencatan senjata mungkin berlaku kira-kira beberapa bulan lalu jika Hamas bersedia membebaskan tebusan,” kata duta itu. Susulan keputusan AS itu…

Read More