BATU PAHAT 20 Mac – Kilang yang terbabit dengan kontroversi stoking tertera kalimah Allah menutup operasinya hari ini, sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu. Notis penutupan kilang di kawasan perindustrian Sri Gading itu dimaklumkan menerusi notis yang ditampal di pintu utama tanpa memaklumkan tarikh penyambungan semula operasi. Penutupan itu dipercayai bertujuan meredakan keadaan dan melindungi keselamatan pekerja susulan tekanan serta desakan supaya membuat permohonan maaf terbuka atas tindakannya. Di samping itu sehelai kain rentang kelihatan…
Read MoreDay: March 20, 2024
Mungkin tercicir bantuan jika tidak kemas kini PADU
KUALA LUMPUR 20 Mac – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, mereka yang gagal mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berkemungkinan akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan. Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib bagaimanapun berkata kerajaan boleh menggunakan alternatif seperti pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam bagi menyalurkan bantuan kepada individu terlibat. Ia termasuk data pendaftaran daripada kerajaan negeri dan tempatan serta agensi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang terdapat dalam PADU bagi membentuk data komprehensif mengikut individu dan isi…
Read More9 Ramadan…
Jika di kedai Islam, tindakan lebih teruk
SEPANG 20 Mac – Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh menegaskan, tindakan sama seperti dikenakan ke atas kedai serbaneka KK Mart akan dilakukan sekiranya ada kedai dimiliki orang Islam menjual barangan yang menghina agama Islam. Beliau menjawab pertanyaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semalam mengenai apa tindakan Pemuda UMNO sekiranya perkara yang sama berlaku di kedai peniaga Islam . “Jika kedai orang Islam jual benda yang sama menghina agama Islam bukan sahaja boikot, malah lebih teruk kita akan boikot dan kenakan padanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.…
Read MoreKing Sing tidak ada hak ‘takutkan’ UMNO
SEPANG 20 Mac – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing tidak ada hak untuk mendesak UMNO menekan ketua pemuda parti itu, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu boikot pasar raya KK Mart. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zakarshi berkata, King Sing juga tidak ada hak untuk menakut nakutkan UMNO kononnya parti Melayu itu akan kehilangan sokongan rakyat. “Jangan putar belitkan isu kalimah Allah sebagai isu kaum. Boikot bukan isu kaum. Sebab itu bila agensi umrah menipu walaupun ia milik orang Islam agensi itu tetap diboikot. Tiada kompromi…
Read MoreBerita pilihan…
Tunjuk kuasa sebenar Melayu, Islam jika bersatu
JASIN 20 Mac – “Biar mereka (pengusaha KK Mart) tahu kuasa sebenar orang Melayu dan Islam jika bersatu hati dan sepakat dalam mempertahankan agama kita,” Itu penegasan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang tidak akan berganjak dengan pendirian untuk mengajak orang Melayu dan Islam memboikot mana-mana syarikat perniagaan yang menghina Allah SWT. Katanya, tidak ada sebarang kompromi dengan pihak terbabit yang dilihat sengaja mencetuskan api kemarahan umat Islam menerusi kelakuan jijik menghina agama dan bangsa Melayu. Beliau mengakui menerima banyak panggilan telefon untuk berbincang mengenai tindakan Pemuda UMNO…
Read MoreHelikopter Black Hawk tiba bulan depan
KUALA LUMPUR 20 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima penghantaran pertama helikopter Black Hawk pada bulan depan, selepas berlaku kelewatan sejak November tahun lalu. Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, penghantaran itu membabitkan satu daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara TDM. Katanya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada November tahun lalu, bagaimanapun susulan beberapa kekangan membabitkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan. “Bagaimanapun kontraktor telah memberikan janji mereka untuk menghantar helikopter pertama…
Read More