Bak ku teh: Menteri bidas Ketua Pemuda UMNO

SEPANG 29 Feb. – Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Tiong King Sing menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menghentikan politik ekstrem berbaur perkauman berikutan keputusan mengiktiraf bak kut teh sebagai hidangan warisan negara. King Sing berkata, ini bukan kali pertama Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memainkan isu perkauman dan agama. Dalam kenyataan di Facebooknya, beliau menjelaskan isu bak ku teh yang dibangkitkan Muhamad Akmal itu hanyalah satu daripada 10 hidangan baharu yang termasuk dalam senarai makanan warisan negara. Selain bak ku teh, makanan lain adalah Burasak, Mi…

Read More

Tiada hujan selepas pembenihan awan

TANJONG 29 Feb. – Tiada hujan direkodkan selepas dua operasi pembenihan awan dilakukan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam serta Empangan Teluk Bahang, dekat sini, semalam dan kelmarin. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan, berkata keadaan itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa terbabit. Beliau berkata, pembenihan awan mungkin tidak merangsang sebarang hujan jika tiada awan, awan tidak mencukupi, atau suhu udara terlalu tinggi untuk titisan air terbentuk di awan dan jatuh. Dalam satu kenyataan hari…

Read More

Gelombang haba di Pokok Sena

PUTRAJAYA  29 Feb. – Daerah Pokok Sena di Kedah dikategori mengalami gelombang haba selepas merekodkan status cuaca panas tahap dua, hari ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Dalam satu kenyataan, METMalaysia memaklumkan, amaran cuaca panas tahap dua berlaku apabila suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Sementara itu, daerah merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga turut meningkat dengan 23 daerah termasuk masing-masing satu di Sabah dan Sarawak yang disenarai dalam kategori itu hari ini. Selain Kuala Lumpur, kawasan merekodkan status cuaca…

Read More

Tiada pegawai SPRM hubungi Wan Saiful

KUALA LUMPUR 29 Feb. – Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghubungi Wan Saiful Wan Jan selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu membuat pendedahan mengenai pujukan supaya menyokong Perdana Menteri. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki ketika mengesahkan demikian berkata, beliau sendiri membuat pemeriksaan berhubung dakwaan itu tetapi mendapati tiada pegawainya yang bertindak sedemikian. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa, individu yang menghubungi Wan Saiful itu adalah pihak yang mengaku pegawai SPRM. “Saya sudah ‘check’ dengan pegawai saya, tiada pegawai SPRM yang menghubunginya semalam. Ia mungkin orang lain yang mengatakan dia…

Read More

Tiga wakil Bersatu sedia kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR 29 Feb. –  Tiga daripada enam wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri bersedia mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan Perlembagaan parti itu melarang mereka memberi sokongan kepada pihak lawan. Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim menyatakan kesediaan itu pada satu sidang media bersama di Parlimen hari ini. Manakala Ahli Parlimen Labuan, Dr Suhaili Abdul Rahman pula menyatakan kesediaan untuk mengosongkan kerusi kepada portal FMT. Sabtu ini, Perhimpunan Agung Khas Bersatu antara lain…

Read More

Sultan Selangor dukacita kenyataan Hadi

SHAH ALAM 29 Feb. –  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu. Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin,  Muhamad Munir Bani, berkata, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari. Baginda merujuk kepada tulisan Abdul Hadi melalui Minda Presiden Pas bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my. Antara…

Read More

Melaka sasar pelaburan RM10 bilion

MELAKA 29 Feb. – Kerajaan Melaka yang memberi fokus kepada 10 bidang industri utama,meletakkan sasaran nilai pelaburan yang diluluskan di negeri ini tahun ini mencecah RM10 bilion, kata Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata bidang industri utama itu meliputi elektrik dan elektronik, automotif, aeroangkasa, minyak dan gas, teknologi boleh diperbaharui, sektor pembuatan halal, bioteknologi, mesin dan peralatan, farmaseutikal dan maritim. Katanya, sejajar sasaran itu, Melaka Corporation (MCORP) akan membangunkan tiga kawasan perindustrian baharu, iaitu pembangunan MCORP Hi-Tech Park seluas 2,000 hektar, German Tecnology Park (360 hektar) dan Elkay 2.0…

Read More

Gencatan senjata atau terus bertempur

DUBAI: Kumpulan pejuang Palestin Hamas menyatakan kesediaan berunding dengan Israel berhubung perang yang berlarutan sejak Oktober tahun lalu tetapi pada masa sama menegaskan untuk sedia meneruskan pertempuran. Ketua Hamas, Ismail Haniyeh dalam ucapan yang disiarkan di televisyen turut menggesa rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat berarak ke Masjid Al-Aqsa untuk bersolat pada hari pertama Ramadan pada 10 Mac ini. Beliau juga berikrar meningkatkan kepentingan dalam rundingan tidak langsung untuk perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada masa itu. Isnin lalu, Israel menyatakan sedia membenarkan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis…

Read More

85 peratus guna 600kWj terkecuali

PUTRAJAYA 29 Feb. – Lebih 85 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican berkata, hanya isi rumah domestik yang menggunakan lebih daripada 600 kWj sebulan akan terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus berkuat kuasa 1 Mac. “Kami ingin menjelaskan bahawa pada masa ini, cukai perkhidmatan (enam peratus) dikenakan ke atas segmen ini (penggunaan elektrik lebih daripada 600 kWj sebulan), yang mana segmennya agak kecil,”…

Read More