Tiga wakil Bersatu sedia kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR 29 Feb. –  Tiga daripada enam wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri bersedia mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan Perlembagaan parti itu melarang mereka memberi sokongan kepada pihak lawan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim menyatakan kesediaan itu pada satu sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Manakala Ahli Parlimen Labuan, Dr Suhaili Abdul Rahman pula menyatakan kesediaan untuk mengosongkan kerusi kepada portal FMT.

Sabtu ini, Perhimpunan Agung Khas Bersatu antara lain akan meminda perlembagaan parti bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang berbuat khianat.

Ia susulan tindakan enam Ahli Parlimennya yang menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar..

Malah, Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata,  Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu meluluskan draf pindaan perlembagaan berkaitan pengosongan kerusi Parlimen bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan jika ahli memberi sokongan kepada pihak lawan.

Selain Syed Abu Hussin Hafiz, Mohd Azizi dan Suhaili, turut mengisytiharkan sokongan kepada Anwar adalah  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Sementara itu wakil rakyat Bukit Gantang dan Gua Musang menjelaskan tindakan mereka menyokong Anwar adalah selepas setahun  berada di pihak pembangkang tiada apa yang boleh memanfaatkan rakyat di kawasan masing-masing.

“Daripada kami tarik balik sokongan (kepada Anwar) dan kembali menyokong (pihak) asal (Bersatu) yang tak boleh buat apa-apa, kami rela rakyat yang buat keputusan (melalui pilihan raya)

Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi sekiranya ia kenyataan yang perlu diterima,” kata mereka.

Syed Abu Hassan dan Mohd Azizi mendakwa, hasrat Bersatu meminda perlembagaan parti itu dibuat kerana parti itu bimbang masih ada wakil rakyatnya yang akan membuat keputusan menyokong Anwar.

“Bagi kami yang sudah memberi sokongan, kita akan tengok dulu pindaan berkenaan dan kalau dibawa ke mahkamah, kita akan ‘challenge’ (cabar) la,” katanya.

Mengulas isu janji diberikan habuan untuk menyokong Perdana Menteri, dua Ahli Parlimen itu berkata mereka menyokong Anwar tanpa membabitkan sebarang unsur pujukan, rayuan atau habuan seperti didakwa.

Mereka mendakwa tuduhan dilemparkan di Parlimen berhubungan sokongan yang diberi adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment