Bak ku teh: Menteri bidas Ketua Pemuda UMNO

SEPANG 29 Feb. – Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Tiong King Sing menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menghentikan politik ekstrem berbaur perkauman berikutan keputusan mengiktiraf bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.

King Sing berkata, ini bukan kali pertama Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memainkan isu perkauman dan agama.

Dalam kenyataan di Facebooknya, beliau menjelaskan isu bak ku teh yang dibangkitkan Muhamad Akmal itu hanyalah satu daripada 10 hidangan baharu yang termasuk dalam senarai makanan warisan negara.

Selain bak ku teh, makanan lain adalah Burasak, Mi Kolok, Nasi Ambeng, Dodol Kukus Tahi Minyak, Kuih Genggang/Kuih Lapis, Kuih Karas, Uthappam, Jeruk Tuhau, dan Air Katira.

Menurut King Sing, Bak merujuk kepada daging, dan beliau sudah beberapa kali menekankan bahawa herba yang digunakan adalah halal dan jenis daging boleh bertukar.

“Kalau tambah ayam, ia akan menjadi chi kut teh, jika makanan laut maka ia seafood kut teh dan kambing akan jadi kambing kut teh.

“Sebaliknya, beliau (Muhamad Akmal) banyak kali menyebut babi bak kut teh sedangkan bak membawa maksud daging secara umum malah bukannya babi sahaja,” katanya.

Dr Akmal sebelum itu, dalam hantaran di Facebooknya memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memecat menteri yang terlibat dalam membuat keputusan mengiktiraf bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.

Katanya, menteri berkenaan gagal memikirkan sensitiviti rakyat di negara ini maka sudah tiba masanya Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian.

“Daripada mengiktiraf bak kut teh menjadi hidangan warisan negara, lebih baik iktiraf makanan lain seperti nasi goreng cina dan banyak lagi menu yang boleh dimakan oleh semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum mahupun agama.

“Jika menteri tidak boleh nak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia dan apakah relevannya dalam membuat keputusan, sudah tiba masa kita mohon agar PMX, Anwar Ibrahim untuk pecat sahaja menteri.

Kerana jika KP pelancongan diturunkan pangkat sebab prestasi merosot,maka alasan yang sama boleh digunakan kepada menteri yang bukan sahaja merosot,tetapi menteri yang paling teruk dalam sejarah,” katanya.

Dalam pada itu King Sing berkata, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐡𝐚𝐫𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚n, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐩𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚.

“Tetapi isu seperti ini telah berulang kali dimainkan, yang dilihat seolah-olah hanya kerana memenuhi kepentingan politik peribadi,” katanya.

Beliau juga berharap Ketua Pemuda UMNO itu mengambil teladan daripada pemimpin-pemimpin parti UMNO sendiri seperti Presiden, Timbalan Presiden, dan lain-lain.

“Sebagai pemimpin generasi muda, anda harus menilai dan menganalisis sebelum bercakap kepada khalayak, jangan seperti pembangkang atau kumpulan ekstremis. Jangan reka cerita tanpa asas, jangan memalukan diri sendiri,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment