Gelombang haba di Pokok Sena

PUTRAJAYA  29 Feb. – Daerah Pokok Sena di Kedah dikategori mengalami gelombang haba selepas merekodkan status cuaca panas tahap dua, hari ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Dalam satu kenyataan, METMalaysia memaklumkan, amaran cuaca panas tahap dua berlaku apabila suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, daerah merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga turut meningkat dengan 23 daerah termasuk masing-masing satu di Sabah dan Sarawak yang disenarai dalam kategori itu hari ini.

Selain Kuala Lumpur, kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Perlis; Pulau Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Pendang dan Baling di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Timur Laut di Pulau Pinang; Kuala Kangsar di Perak; serta Petaling dan Sepang di Selangor.

Katanya, Beaufort di Sabah dan Limbang di Sarawak turut tersenarai dalam kategori itu.

“Cuaca panas tahap satu pula dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata hantaran itu.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

(Foto Jalan Ampang KL 2.44 pm)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment