KUALA LUMPUR 29 Jan. – Parti Amanah mengumumkan pelantikan 13 Ketua Pemuda Negeri bagi sesi 2023-2026. Setiausaha Pemuda, Ahmad Shahir Mohd Shah, berkata pelantikan itu diputuskan Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Pemuda yang bermesyuarat semalam. Katanya, proses pelantikan berjalan baik dan dibincangkan JKP Pemuda Amanah Nasional dengan mengambil kira pelbagai faktor dan pemberat yang terkait dengan halatuju Pemuda untuk sesi kali ini. Dalam kenyataannya, beliau berkata, keterbukaan dalam proses pencalonan ini memberikan ruang yang luas kepada akar umbi Pemuda Amanah di setiap negeri untuk mencadangkan nama Ketua Pemuda Negeri. Ia mengambil kira…
Read MoreDay: January 29, 2024
Wan Junaidi angkat sumpah pelantikan
KUCHING 29 Jan. – Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini. Beliau mengangkat sumpah sebelum menandatangani Surat Sumpah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli. Wan Junaidi 78, kemudiannya menandatangani Surat Pengisytiharan sebagai Yang Dipertua Negeri disaksikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg Terdahulu ketibaan Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi disambut oleh Abang Johari dan isteri, Puan Sri…
Read MoreBersatu pinda perlembagaan halang khianati parti
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Bersatu akan meminda perlembagaan parti bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang mengkhianati parti bagi maksud pengosongan kerusi, kata Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin. Katanya, selaras dengan ketegasan itu, pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) malam tadi, parti bersetuju meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu bagi menghalang insiden sama daripada berulang pada masa depan. Dalam kenyataan hari ini, Hamzah berkata, Bersatu juga bersedia untuk berdepan dengan pilihan raya kecil (PRK). Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim…
Read MoreDaim bimbangkan masa depan negara
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin lebih bimbangkan masa depan negara ini di bawah pimpinan Anwar Ibrahim berbanding siasatan dan tindakan mahkamah yang dikenakan ke atas dirinya. Daim, 86 berkata, seperti ramai yang lain mahukan sebuah Malaysia baharu, beliau turut menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Anwar pada 2018 iaitu ketika negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB. “Tetapi kini, kita dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan sebaliknya,” katanya. Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas menghadapi…
Read MoreBerita pilihan…
Taib Mahmud Bapa Sarawak Moden
KUCHING 29 Jan. – Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sememangnya layak diberi gelaran ‘Bapa Sarawak Moden’. Begitu penghargaan dan penghormatan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg kepada bekas Yang di-Pertua Negeri, yang mengabdikan hidupnya untuk membangun dan mensejahterakan Sarawak. Abang Johari, berkata sumbangan Abdul Taib, 87 terlalu besar sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama 32 tahun dan 10 tahun sebagai ketua negeri. “Bagi pihak rakyat Sarawak, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih dengan tulus dan ikhlas kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib atas p jasa…
Read MoreBersangka baik amalan orang lain
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Solat Subuh dibuat sebanyak empat rakaat, Zuhur pula 12 rakaat, Asar (empat rakaat), Maghrib (lima rakaat) dan solat Isyak, iaitu 17 rakaat. Itu antara kandungan sebuah video yang tular di media sosial, memaparkan lelaki warga asing menjawab pertanyaan mengenai berapa rakaat bagi setiap solat fardu. Dalam rakaman video terbabit, seorang individu bertanya kepada lelaki warga asing yang tidak didedahkan identitinya mengenai jumlah rakaat bagi setiap solat fardu. Mengulas perkara ini, pendakwah, Jafri Mahmoodi menasihatkan umat Islam supaya tidak cepat menjatuhkan hukum ke atas perkara yang…
Read More