KUALA LUMPUR 29 Jan. – Parti Amanah mengumumkan pelantikan 13 Ketua Pemuda Negeri bagi sesi 2023-2026.
Setiausaha Pemuda, Ahmad Shahir Mohd Shah, berkata pelantikan itu diputuskan Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Pemuda yang bermesyuarat semalam.
Katanya, proses pelantikan berjalan baik dan dibincangkan JKP Pemuda Amanah Nasional dengan mengambil kira pelbagai faktor dan pemberat yang terkait dengan halatuju Pemuda untuk sesi kali ini.
Dalam kenyataannya, beliau berkata, keterbukaan dalam proses pencalonan ini memberikan ruang yang luas kepada akar umbi Pemuda Amanah di setiap negeri untuk mencadangkan nama Ketua Pemuda Negeri.
Ia mengambil kira kemampuan dan komitmen yang akan diberikan untuk memacu Pemuda di peringkat negeri masing-masing.
Beliau berkata, secara keseluruhan JKP Pemuda berjaya membuat keputusan pelantikan Ketua Pemuda Negeri bagi 13 negeri kecuali Sarawak.
“JKP Pemuda Amanah Nasional telah melantik Naib Ketua Pemuda, Rendy Ismail, bagi menguruskan proses pencalonan Ketua Pemuda Sarawak.
“Selamat maju jaya kepada semua Ketua Pemuda Negeri yang dilantik. Semoga dapat melaksanakan tugas dengan baik dan beramanah,” katanya.
Senarai Ketua Pemuda Amanah Negeri
1. Dr Ahmad Fadzhzil Mohamad – Perlis
2. Muain Ahmad Shukri – Kedah
3. Muhammad Khairul Mohd Ali – Pulau Pinang
4. Khairol Najib Hashim – Perak
5. YB Danial Al-Rashid Haron – Selangor
6. Muhammad Faris Arriffin – Wilayah Persekutuan
7. Mohd Hanis Alimin – Negeri Sembilan
8. Akmal A Karim – Melaka
9. Muhammad Taqiuddin Cheman – Johor
10. Wan Muhammad Rahmat Wan Hashim – Pahang
11. Wan Mohd Hasbi Haliq Wan Ahmad – Terengganu
12. Mohd Zulhazmi Hassan – Kelantan
13. Salleh Jatil – Sabah
